Seorang pemilik syarikat direman bagi membantu siasatan kes pemberian rasuah kepada pegawai Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) bagi menukar pemilikan saham syarikatnya kepada syarikat milik rakannya menggunakan dokumen palsu di Mahkamah Majistret Putrajaya, Putrajaya. foto SYAFIQ AMBAK, 29 OGOS 2020.

PUTRAJAYA – Seorang pemilik syarikat direman selama tiga hari sehingga Isnin ini untuk membantu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi kes pemberian rasuah kepada pegawai Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Perintah reman itu yang bermula hari ini dikeluarkan Majistret Shah Wira Abdul Halim di Mahkamah Majistret Putrajaya tengah hari ini.

Suspek berusia 66 tahun itu, didakwa kerana telah merasuah pegawai SSM bagi menukar pemilikan saham syarikatnya kepada syarikat milik rakannya dengan menggunakan maklumat dan dokumen palsu.

Beliau ditahan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya kira-kira jam 3 petang semalam, selepas hadir untuk memberi keterangan berhubung kes itu.

SPRM menyiasat kes itu di bawah Seksyen 17 (b) Akta SPRM 2009. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast