Datuk Azwanddin Hamzah. foto NOOR ASREKUZAIREY SALIM, 21 NOVEMBER 2018

KUALA LUMPUR – Bekas Presiden Pertubuhan Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Datuk Azwanddin Hamzah berkata tindakan mahkamah mengeluarkan waran tangkap ke atas dirinya  wajar dipertimbangkan semula.

Ini kerana beliau mendakwa tidak  menerima sebarang notis atau panggilan daripada pihak peguam plaintif atau pihak mahkamah bagi menghadiri prosiding pendengaran permohonan komital yang difailkan pemimpin DAP, Teresa Kok.

Malah dalam notis kebankrapan yang disiarkan dalam akhbar Berita Harian bertarikh 12 Ogos lalu tiada notis atau arahan diberikan kepadanya untuk hadir ke mahkamah pada 28 Ogos 2020.

“Mengenai  kegagalan saya membuat permohonan maaf secara terbuka seperti didakwa Peguam Datuk Sankara Nair yang mewakili Teresa, saya sudah berbuat demikian,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Semalam, Mahkamah Tinggi di sini mengeluarkan waran tangkap terhadap kepada Azwanddin kerana gagal hadir pada prosiding komital difailkan Teresa yang juga bekas Menteri Industri Utama terhadapnya.

Peguam Teresa, Datuk Sankara Nair memberitahu keputusan itu dibuat oleh Hakim Datin Rohani Ismail yang bersetuju dengan permohonannya supaya waran tangkap dikeluarkan terhadap Azwanddin selepas beliau ingkar pada arahan mahkamah untuk hadir pada prosiding pendengaran permohonan komital berkenaan.

Dalam pada itu, menurut Azwanddin, jika beliau menerima notis atau panggilan daripada pihak peguam Teresa sudah pasti dia akan hadir di mahkamah  dan memberi kerjasama sepenuhnya.

“Untuk makluman,  saya sendiri telah beberapa kali berhubung dengan peguam yang mewakili Teresa. Mereka mempunyai nombor telefon bimbit saya dan mereka juga  pernah dihubungi  oleh saya  serta turut mengadakan perbincangan dalam kes melibatkan saman tersebut,” ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN:

Gagal hadir prosiding komital, waran tangkap terhadap Azwanddin

5 Komen

  1. Ramai tertunggu2 pelancaran tabung untuk membantu Azzwanddin yang telah banyak berkorban menegakkan demokrasi, untuk menderma seadanya!

    Lepas ni JOM semua SEMARAKKAN semula kempen2 boikot kedai2 dan produk2 DAP!

    Jom ISTIQAMAH, TERBUKTI ianya PERNAH BERJAYA!!!

Comments are closed.