Annuar Musa

PUTRAJAYA – Semua pemimpin Barisan Nasional (BN) khususnya UMNO digesa agar tidak mudah mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai kerjasama gabungan itu dalam Perikatan Nasional (PN).

Setiausahanya, Tan Annuar Musa berkata, sebarang kenyataan hanya boleh dikeluarkan oleh pimpinan tertinggi gabungan itu.

“Saya harap pemimpin UMNO jangan simply bagi statement lebih lagi kurang tepat. Saya ada baca (dakwaan) PM pergi Sabah untuk tarik sokongan pemimpin untuk sertai Bersatu.

“Ada rancangan nak perkasakan parti tidak ada masalah tapi nak tuduh PM buat negatif itu tak betul

“Baru empat lima hari lepas Datuk Seri Hadi, Datuk Seri Ahmad Zahid dan saya ada sekali kita bincang kerjasama kita bincang kemungkinan nak adakan PRU lebih awal atau tak,” katanya dalam sidang media selepas menyaksikan raptai penuh perarakan pasukan berkuda di Perbadanan Putrajaya, hari ini.

Annuar berkata demikian ketika ditanya media mengenai kenyataan Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Johor, Datuk Nur Jazlan Mohamed yang mendakwa Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin sedang ‘berdagang’ bagi mendapatkan sokongan Ahli Parlimen sebelum pembentangan bajet Oktober ini.

Mengulas mengenai perkara itu, Annuar yang juga Ahli Parlimen Ketereh berkata, Jazlan sebagai pemimpin bawahan tidak perlu membuat sebarang spekulasi mengenai perkara tersebut.

Katanya, sebarang perbincangan ke arah itu dibincangkan dalam mesyuarat yang diadakan oleh pemimpin dalam Perikatan Nasional.

“Keputusannya kita duduk dan berunding, kita tengah buat sekarang, saya secara rasminya terlibat. Jadi ketepatan kita terjejas kalau tak tanya orang yang tepat kalau nak tahu mengenai dasar-dasar tertentu boleh rujuk kepada kepimpinan.

“Semua orang elak bagi kenyataan negatif supaya kita boleh wujud keadaan yang lebih kondusif,” katanya lagi.

Semalam, Nur Jazlan yang juga bekas Timbalan Menteri Dalam Negeri berkata, sejak kebelakangan ini Muhyiddin didakwanya sibuk ‘membuat dagangan’ supaya parti dipimpin beliau dan PN dapat terus mengekalkan kuasa sehingga tempoh mandat tamat dua tahun lagi.

Dalam perkembangan lain, Annuar turut mengulas mengenai gesaan veteran UMNO, Tengku Razaleigh Tengku Hamzah agar parti itu keluar daripada Kabinet Muhyiddin.

Ujarnya, sebagai sebahagian daripada parti memerintah, UMNO tidak perlu keluar dari Kabinet hanya kerana tidak setuju Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) akan dianggotai bukan Melayu.

Beliau berkata, ia merupakan pandangan peribadi pemimpin veteran itu dan jelas tidak mewakili keputusan parti.

“Saya terus terang pandangan itu tak gambarkan pendirian parti. Ada tiga perkara penting yang pertama urusan dan dasar parti politik sahabat terutama dalam parti politk dalam PN adalah urusan parti masing-masing dan tidak harus dicampuri parti lain.

“Pas ada dasar mereka, UMNO ada, MIC, MCA itu kena hormati dan kita tidak harus mencampuri urusan itu

“Jadi tidak ada berbangkit isu kerana Bersatu terima ahli bukan Melayu maka kita pulak nak kena berpecah dalam Kabinet,” katanya.

Jumaat lalu, Tengku Razaleigh mengeluarkan kenyataan menggemparkan, apabila meminta pemimpin UMNO dalam Kabinet Kerajaan PN segera berundur daripada jawatan masing-masing.

Gesaan itu dibuat berikutan pengumuman Bersatu untuk menerima bukan Melayu sebagai ahli parti.

Ahli Parlimen Gua Musang itu berkata, pengumuman Bersatu dengan sendirinya menghilangkan kelayakan parti tersebut sebagai anggota Pakatan Melayu Islam yang didukung Muafakat Nasional. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

4 Komen

  1. Anuar Musa jangan mengarut. Terima kenyataan akar umbi Umno tolak Bersatu !!!! Sokong saranan Ku Li menteri2 Umno tinggalkan Kabinet.

  2. Annuar Musa takutbjawatan Menteri dia melayang. Gesaan jangan buat kenyataan oleh Pemimpin UMNO bermaksud termasuk Annuar Musa sekalilah. Dia bukan Presiden UMNO pun..

  3. Ini lah penyakit pemimpin2 umno sekarang. Seharusnya setiap perkara2 “besar” yg berlaku ia hendaklah dibawa kpd ahli2 terlebih dahulu, utk dihadamkan – mendapat endorsement melalui perhimpunan luar biasa parti. Bukan tindakan2 pemimpin yg mengelirukan. Tengok saja yg mutakhir ini…..mula2 buat keputusan bersama BERSATU lepas tu sekadar persafaman antara MP dan ADUN dan bukannya kerpartian dan macam2 lagi.

    Adakah keputusan utk membentuk kerajaan (Sharaton Walk) bersama BERSATU mendapat “restu” dpd ahli2?…. jika ia, mengapa ramai dari kalangan oemimpin akar umbi yg mempertikainya sekepas dari itu?

    Perkara2 asas semacam inilah yg menyebabkan pelbagai peringkat dalam parti menjadi keliru dan ia bertambah keliru apabila perubahan hala tuju tersebut seolah2 berkait dengan isu “pemimpin dan mahkamah”.

    Amat yakin bahawa ramai yg keliru dan tidak berpuashati dgn tindakan dan keputusan yg diambil. ….utk menyatakan cara terang2an kepada kepimpinan sendiri – akan mengundang kpd tindakan tata tertib dan sebagainya.

    Utk itu kpd pemimpin2 seperti Anuar Musa agar dapat memahami situasi dan perasaan mereka dari terus2an bersikap defensif dan “menyelar pemimpin “kecil” daripada bersuara. Tanpa mereka, tidak mungkin jentera umno berfungsi baik khususnya dalam menghadapi PRU akan datang.

Comments are closed.