KUALA LUMPUR – Gerakan Kuasa Rakyat Malaysia (G57) menggesa pihak polis menyiasat dakwaan aktivis anak muda bernama Jufazli Shi Ahmad yang mengaitkan nama Datuk Seri Shafie Apdal sebagai ejen sehingga Filipina semakin berani untuk menuntut Sabah.
Menurut Pengerusi Penaja G57, Datuk Zulkarnain Mahdar, beberapa video yang telah dimuat naik oleh Jufazli di media sosial, Facebook termasuk aplikasi WhatsApp, sehingga menimbulkan kegusaran awam khususnya rakyat Sabah.
“Harus diingat Kerajaan Filipina baru-baru ini telah bercadang untuk memasukkan Sabah ke dalam peta Pasport Antarabangsa Filipina dan sebelum ini Sabah juga pernah diceroboh sehingga mengorbankan nyawa perajurit negara oleh pengganas yang mengaku sebagai kerabat Sultan Sulu.
“Dalang orang pencerobohan tersebut seorang rakyat Sabah turut didakwa di mahkamah kerana telah bersubahat dengan pengganas Sulu. Jufazli turut serta menyatakan bukti untuk menyokong tuduhan tersebut,” katanya ketika dihubungi MalaysiaGazette, hari ini.
Semalam, Zulkarnain membuat empat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, di sini yang mana tiga Ketua Menteri Sabah itu dan satu lagi ke atas ahli Parti Warisan Sabah (Warisan), Ismaily Bungsu.
Pada Isnin lalu, Mohd Shafie mendesak Wisma Putra memanggil Duta Besar Filipina di Kuala Lumpur setelah beberapa pihak di negara itu mencadangkan untuk mencetak peta yang merangkumi negeri Sabah pada pasport negara berkenaan.
Wisma Putra harus memberi amaran keras kepada Duta Besar Filipina mengenai tindakan itu, yang menurut Mohd Shafie adalah pelanggaran kedaulatan Sabah dan provokasi yang tidak sepatutnya.
Mohd Shafie mengingatkan bahawa rakyat Sabah telah dijanjikan keamanan dan perlindungan ketika bergabung dengan Persekutuan Malaysia pada 1963.
Selain itu, Zulkarnain juga menggesa pihak polis menyiasat kemungkinan wujudnya sabotaj terhadap ekonomi Sabah susulan Kadar Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2018 jatuh menjunam kepada 1.5 peratus dan 0.5 peratus pada 2019 selepas Mohd Shafie menggalas jawatan Ketua Menteri.
“Dalam masa sama yang peliknya kadar KDNK Sabah pada 2017 semasa kerajaan terdahulu KDNK pada paras 8.2 peratus dan yang tertinggi di Malaysia.
“Kadar KDNK untuk 2018 dan 2019 juga jauh lebih rendah dari Perlis dan Kelantan. Apabila KDNK jatuh menjunam impaknya akhimya kepada rakyat.
“Justeru siasatan terperinci amat diperlukan bagi menilai kenapa kadar KDNK Sabah telah jatuh menjunam dengan sangat teruk sedangkan pada 2018 dan 2019 virus Covid-19 belum lagi aktif di Sabah,” dakwanya.
Zulkarnain juga membuat laporan ketiga kerana Mohd Shafie memfitnah dengan tuduhan niat jahat kononnya bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman telah memberikan tanah hampir sejuta ekar kepada individu termasuk keluarga Musa.
“Fitnah ini dibuat tanpa ada bukti ada kukuh dan yang sangat menghairankan sepanjang Shafie Apdal mengetuai pentadbiran Sabah selama 26 bulan, isu pemberian tanah ini langsung tidak pernah ditimbulkan oleh Shafie malahan laporan rasmi ke SPRM juga tidak dibuat.
“Malangnya selepas pengumuman DUN Sabah dibubarkan, Mohd Shafie telah mengeluarkan kenyataan fitnah jijik sebegini untuk menjejaskan imej dan kredibiliti Tan Sri Musa. Fitnah ini untuk mengalihkan masalah Mohd Shafie mengurus tadbir Sabah dengan baik.
“Kami juga meminta Mohd Shafie agar tindakan undang-undang mengikut Akta Fitnah 1957, hasutan dan SKMM dapat diambil ke atas ahli Parti Warisan Sabah yang bernama Nordin Ening dan Ismaily Bungsu kerana telah berniat jahat menuduh Tan Sri Musa sebagai perompak dan pencuri.
Zulkarnain turut membuat laporan polis terhadap ahli Warisan, Ismaily kerana telah memfitnah dan mengaibkan Yang di-Pertuan Agong termasuk Sultan-Sultan Melayu di negara ini.
Ismaily didakwa secara sedar dengan niat jahat dan biadab menghasut rakyat untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara republik dan telah menuduh raja akan masuk neraka kerana melakukan kezaliman.
“Ismaily telah menulis dan memuat naik fitnah berserta foto ke dalam akaun Facebook milik Ismaily pada 4 Jun 2020 kemudian telah memadam artikel fitnah tersebut.
“Antara tulisan Ismaily itu ialah, Saya tidak berminat sembah Raja kerana Raja tidak harus disembah, yang disembah hanya Allah, kata sembah tu tak sesuai rasanya.
“Silap-silap Raja masuk neraka kesan sombong takbur makan hak rakyat macam dulu kala. Mungkin ada Raja bengis dan ditunjuk kasih sayang hanya pura-pura tapi ada Raja bunuh rakyat.
“Untuk rekod tidak ada mana-mana DYMM Sultan yang pernah meminta rakyat jelata untuk menyembah sebagai Tuhan,” katanya lagi. – MalaysiaGazette
Btul tu mesti kena siasat…dia ckp klau warisan menang PRN dia nak tambah 2 kementerian lagi…kepala otak dia lah…dia ckp utk melicinkan urusan…tahi dia lah…paling2 klau menang dia akan lantik org semporna untuk mengetuai kementerian yg dia nk tambah tu…klau itu berlaku memang licin lah duit negeri sabah dia balun bersama kroni2 dan saudara2 dia…2 tahun jadi CM apa dia buat utk ekonomi sabah?…sampai hari ini yg paling siok dia buat cuma bagi geran tanah saja lah utk pancing undi dari org kampung….dia ckp dia bukan jenis pemimpin yg suka bina bangunan tinggi2…itu mmg confirm dia tdk boleh buat sebab selama jadi CM dia cuma boleh buat jatuhkan ekonomi sabah saja…jadi kepada org2 sabah yg dah boleh mengundi..mari sama2 kita tolak dan jangan undi parti Warisan…memberi undi kemenangan kpd parti warisan sama lah juga seperti kita merosakkan masa depan anak2 kita pada masa depan.
Jangan marah kepada Parti Warisan yang menang ini tapi tanyalah diri sendiri kenapa rakyat bagi kemenangan kepada Parti Warisan,
dan kenapa parti yang terkuat di Malaysia seperti UMNO -BN boleh kalah termasuk di Sabah sendiri.. KENAPA ???
Jawapannya amat mudah.
Rakyat tidak mahu undi sebab ada PENYEBAB.
Tepuk dadah tanya selera..
PRN di Sabah ramai yang yakin WARISAN masih mendapat mandat dari rakyat untuk mentadbir Negeri Sabah.
Sekian.
Org sudah bangun ko masih bermimpi indah lagi dlm kapal layar..huhu.
Rakyat sabah sebenarnya suda d tipu oleh janji terang bulan party warisan. Semua janji kosong, patut kena siasat dakwaan itu, rakyat harus buka mata sekarang jgn sampai bertepuk tangan negeri tergadai…