ABDUL HADI AWANG

KUALA LUMPUR – Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, tindakan beberapa wakil rakyat melompat parti untuk menyelamatkan kerajaan dan membentuk satu perubahan bukanlah sesuatu yang tidak baik.

Beliau menyamakan tindakan itu seperti melompat menghadapi bahaya untuk menyelamatkan diri atau menyelamatkan sesuatu.

“Ada orang kata lompat parti ada yang baik dan ada yang tak baik. Lompat menghadapi bahaya untuk selamat, ia lompat yang baik. Lompat terjun kepada bahaya, itu tidak baik.

“Lompat untuk menyelamatkan kerajaan, untuk membentuk satu perubahan,” katanya ketika berucap dalam Konvensyen Setengah Tahun Pentadbiran PN, di Rumah Persatuan Alumni UM, hari ini.

Dalam pada itu, Abdul Hadi yang juga merupakan Ahli Parlimen Marang menyifatkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang anggota jemaah menterinya turut terdiri daripada wakil rakyat lebih baik dan positif berbanding di era pentadbiran Pakatan Harapan (PH).

Perbezaan itu, jelas Abdul Hadi dapat dilihat dalam kalangan menteri antara PN dan PH.

“Banyak perbezaan yang boleh ditunjukkan. Kalau dahulu ketika PH, menteri-menterinya asyik sebut kerajaan dahulu dan apabila kita ambil alih (kerajaan), perbezaannya amat positif.

“Kewujudan PN sendiri adalah pencapaian terbaik di mana kita berjaya menyatukan parti-parti Melayu dan parti lain yang menyokong PN serta mendapat dokongan rakyat.

“Malaysia diterajui kerajaan PN juga antara negara yang berjaya mengawal dan menangani Covid-19-19 serta diiktiraf dunia,” katanya lagi.

Konvensyen sehari yang dihadiri oleh pelbagai pihak termasuk wakil parti-parti politik, ahli akademik dan pertubuhan bukan kerajaan itu ditutup oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. – MalaysiaGazette

 

4 Komen

  1. Baik dahulu mahupun sekarang ramai orang2 kapir malah orang2 Islam sendiri sangat benci dengan penyatuan UMNO PAS melalui Muafakat Nasional. Mereka melakukan bermacam perkara untuk menggagalkannya!

    Tapi itu semua kuasa Allah, kalau Allah MAHUKAN ianya terjadi dengan mudah dan ianya bukanlah sesuatu yang susah!

    I love MN!

  2. Islam itu bersifat menyampaikan!

    Tahniah kepada MP PAS, sudah bergitu lama SYIAR2 Islam tidak disampaikan didalam parlimen! Teruskan amalan mulia ini.

    Musuh2 Islam baik dari orang2 Islam itu sendiri mahupun kafir sangat membencinya!

Comments are closed.