Aminuddin Yahaya

KUALA LUMPUR – Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (Pembela) menggesa kerajaan negeri Pahang tidak membuka pintu rundingan terhadap 111 penceroboh tanah Kampung Sungai Ruan dan Kampung Chalit di Raub, Pahang dengan mengusahakan tanaman durian Musang King.

Pengerusinya, Aminuddin Yahaya berkata, ini kerana mereka sudah mengaku menceroboh tanah itu dan mendudukinya tanpa geran.

“Maka kerajaan negeri sepatutnya terus ambil tindakan tegas kerana mereka telah mengaku” katanya pada sidang media di pejabatnya hari ini.

Isu mula timbul setelah kerajaan Pahang bertindak tegas dalam menangani kegiatan pencerobohan hutan di Raub dengan aktiviti penanaman pokok durian Musang King yang diusahakan secara haram di atas tanah kerajaan negeri dan didakwa telah bermula sejak 40 tahun yang lalu.

Namun, menurut Aminuddin, kerajaan negeri dilihat masih lagi mahu memberi peluang kepada penceroboh tanah terbabit untuk berunding walaupun mereka telah mengaku membangunkan tanah tersebut secara haram.

Sehubunhgan itu beliau, menggesa agar penceroboh tanah terbabit didakwa di bawah Seksyen 47, Akta Perhutanan Negara 1984 yang memperuntukkan denda tidak melebihi RM500,000 atau penjara tidak melebihi daripada 5 tahun. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast