Kapal kargo Panama "Gulflivestock" dilaporkan hilang di perairan Jepun ketika Taufan Maysak membadai.

TOKYO – Kapal kargo Panama “Gulflivestock” dilaporkan hilang di perairan Jepun ketika Taufan Maysak membadai, lapor agensi berita Sputnik.

Kapal itu dikesan berada 185 kilometer di sebelah barat Pulau Amami Oshima ketika terputus hubungan, memetik laporan NHK pada Khamis.

Terdapat 43 kru dari Filipina, Australia dan New Zealand di atas kapal berkenaan.

Seorang anak kapal Filipina ditemukan kira-kira 120 kilometer di barat laut Amami Oshima.

Operasi mencari dan menyelamat masih dijalankan.- BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast