PUTRAJAYA – “Jika hendak mereformasi negara daripada terus bebas rasuah, kita perlu lakukannya bermula dari ahli politik terlebih dahulu.
“Ahli politik di negara ini perlu bebas rasuah sebagai langkah permulaan untuk mencapai negara bebas rasuah.”
Begitulah kata-kata Ketua Pengarah Pusat Governans, Integriti dan Anti Rasuah Nasional (GIACC), Tan Sri Abu Kassim Mohamed ketika menyampai ucapan sempena Forum Anti Rasuah Malaysia ke-2 anjuran Institut Strategik Antarabangsa (ISI) di sini hari ini.
Kata Abu Kassim, Malaysia sebenarnya antara negara yang begitu konsisten dalam memerangi rasuah sejak Indeks Persepsi Rasuah (CPI) Malaysia di perkenalkan pada 1995.
“Ketika itu boleh tahan pencapaian kita, kita dapat capai sehingga 5.2 mata, namun menurun pada tahun-tahun selepas itu.
“Pada 2019 dalam usaha memerangi rasuah ini kerajaan seperti terkandung dalam Pelan Antirasuah Nasional 2019-2023 (NACP) telah memperkenalkan 115 inisiatif perangi rasuah di negara.
“Kita berani dedahkan, berani memberikan nasihat yang mana ianya menjurus kepada itegriti ahli-ahli politik ini sendiri, antara subjek paling susah dan sukar ialah ‘political donation’. Sumbangan politik ini kita perlu tahu apakah sumbernya, bagaimanakah ianya digunakan.
“Kerana itu juga kita mohon supaya semua ahli politik ini dedahkan aset-aset mereka. Sebenarnya kegiatan rasuah terbesar dalam negara dipercayai melibatkan ahli politik selain berlaku dalam kalangan pengurusan parti politik itu sendiri.
“Yang perlu kita ubah dan lakukan transformasi pertama adalah ahli politik,” katanya di Hotel Everly Putrajaya sebentar tadi.
Pada penghujung Januari lalu, Transparency International (TI) mengumumkan CPI Malaysia meningkat kepada 53 mata pada 2019 berbanding 47 mata pada 2018, sekali gus menduduki tangga ke-51 daripada 61 pada 2018.
Dalam pada itu, dalam isu berbangkit yang lain, Abu Kassim pada pendapat peribadinya mencadangkan supaya pegawai kerajaan dilantik membarisi syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan bukannya di ketuai oleh ahli politik yang masih aktif.
Malah kata beliau, sememangnya insiatif untuk tidak melantik golongan berkenaan ke dalam GLC sudah ada dalam NACP ketika ianya dilancarkan pada zaman pemerintahan Pakatan Harapan (PH).
“Ianya masih lagi di amalkan malah saya sudah beritahu kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sendiri telah bersetuju yang dilantik ke dalam GLC itu sepatutnya lebih profesional dan memiliki integriti tinggi.
“Dengan melantik pegawai kerajaan yang memiliki pengalaman serta integiriti tinggi, sememangnya pelantikan seperti itu juga akan di yakini oleh umum termasuk pemain industri dengan membawa hala tuju GLC dengan betul dan telus.
“Ramai dalam kalangan pegawai kerajaan atasan yang sebenarnya sangat tegas dalam menangani isu-isu berkaitan integriti dan rasuah ini sebenarnya. –MalaysiaGazette
Betul tu maka beranikanlah diri untuk siasat orang politik seperti tun m nuar lks dan ramai lagi. Janganlah nal jenakan UMNO dan BN sahaja.
Batu apirluksnb kena baca lebih sikit, jangan asyik bergayut kat fesbuk najib, bangang natijahnya. Tolong tengok index rasuah malaysia tahun 2019 semasa pemerintahan PH, turun mendadak 10 tangga, hampir setaraf ngan sesetengah negara Eropah. Jadi ia, umno memang rasuah king..
Bila disebut org politik maksudnya semua politik di malaysia lah ..buka minda terima keadaan . Adakah org umno saja yg terlibat dalam rasuah parti lain suci .. dan jika berkata tentang umno siapa paling lama pimpin umno . Ada kah dap suci paling tiada rasuah . Ada kah pkr bersatu suci ..jgn membodohkan diri lah ..
Betul. Kena ubah sistem lantik org politik jaga GLC. Semua kaedah ni adalah untuk bg pendapatan kepada ahli politik sbnrnya. Pastu mula la bawak masuk kroni2 masuk tender itu ini dlm GLC. Kaki kaki cari tender plak janjikan persen itu ini la. Janji dpt bisnes. Harap gomen baru ambil iktibar.
M Asri Musa, rasuah sekarang terang terang sedang berlaku. Perlantikkan politik glc pada MP yang tak layak tu apa? MP Kerajaan mana yang tamak sekarang? Saudara dah bangun ke belum?
Pasal index rasuah, zaman najib paling teruk. Tak percaya, baca index rasuah Transparency International, bukan fesbuk najib..haha