Rafidah Aziz .

PUTRAJAYA – Bekas Menteri Kabinet, Tan Sri Rafidah Aziz menyoal yang manakah lebih haram antara seekor babi atau mengambil serta memberi rasuah.

Beliau yang hadir sebagai salah seorang panelis Forum Pencegahan Rasuah Malaysia anjuran Institut Strategi Antarabangsa (ISI) melontarkan persoalan itu di hadapan kira-kira 200 hadirin sebentar tadi.

Soalan itu menyebabkan hadirin ketawa namun kata Rafidah lagi, dia tidak bertanya dengan niat mahu bergurau senda sebaliknya mahu semua berfikir.

“Ini soalan yang ‘tricky’ sebenarnya. Sebelum jawab fikirlah. Saya ini skeptikal apabila bercakap tentang rasuah.

“Jawapannya dua-dua haram. Saya sedang kenakan kamu semua untuk menjawab soalan ini sebenarnya. Kamu sepatutnya jawab keduanya haram jika kamu Muslim.

“Bagi yang bukan Muslim juga sembahyang, sujud berpuluh lagi, lagi banyak ambil beri rasuah lagi banyak sujud.

“Maaflah, saya ini skeptikal apabila bercakap tentang rasuah. Saya cukup tegas dalam perkara ini, tidak akan berlembut.

“Saya sudah 55 tahun dalam dunia politik ini,” katanya sebentar tadi dalam forum yang dianjurkan buat kali kedua di Hotel Everyly, Putrajaya itu.

Sambung Rafidah lagi, ada juga tanggapan segelintir kumpulan rasuah ini selagi tidak tertangkap selagi itulah tidak bersalah. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

3 Komen

Comments are closed.