KUALA LUMPUR – Paparan iklan berbahasa Mandarin yang dinaikkan di sekitar Mid Valley, dekat sini didapati tidak mematuhi kelulusan yang dibenarkan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
Pada peringkat kelulusan oleh pihak Dewan Bahasa dan Pustaka, paparan iklan yang diluluskan adalah dalam bahasa Melayu sebagai bahasa ungkapan utama dan diiringi dengan bahasa lain.
Namun apabila berlaku pemasangan paparan iklan di tapak, berlaku ketidak patuhan kepada kelulusan yang diberikan, yang mana bahasa iringan telah dijadikan ungkapan utama.
DBKL berkata, menyedari kesilapan yang telah dilakukan, pihak yang berkaitan telah bertindak menurunkan sendiri paparan iklan tersebut.
Katanya, DBKL mengeluarkan enam jenis lesen iklan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan salah satu daripadanya adalah Lesen Iklan Paparan Luar.
Lesen Iklan Paparan Luar ini tertakluk di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976; Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974; Undang-Undang Kecil Iklan (WPKL) 1982 dan Undang-Undang Kecil (UUK) Kerajaan Tempatan (Iklan Pilihanraya) (WPKL) 1990
Tegasnya, sebarang ketidak akuran kepada Akta atau UUK ini boleh dikenakan tindakan penguatkuasaan atau penalti yang termaktub di bawahnya.
Oleh itu, katanya, mana-mana pihak yang ingin menaikkan paparan iklan juga perlu melalui DBP bagi mendapatkan pengesahan penggunaan bahasa Melayu.
Penggunaan bahasa lain pada paparan iklan dibenarkan sebagai mengiringi ungkapan utama di dalam bahasa Melayu. – MalaysiaGazette
Bila agaknya Ketua Menteri Sarawak mahu mengarahkan Majlis Bandaraya Kuching mendakwa pemuda DAP yang membuat vandalisma pada papan2 tanda jalan disekitar bandaraya Kuching?
Ianya kesalahan yang serius!
Bila di bagi muka ini lah jadinya. DBP dan DBKL mesti ambil tindakan, kalau tak serah je pentadbiran kepada datuk bandar taipei atau hong kong.