Pemain Kedah FC, Aiman Afif meraikan jaringan pertama bersama rakan sepasukan pada perlawanan Liga Super Malaysia 2022 di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 27 JULAI 2022.

KUALA LUMPUR – Tiga kelab kini berisiko tinggi tidak lagi beraksi dalam saingan Liga Super 2025-2026 termasuk Kedah Darul Aman selain Kelantan Darul Naim dan Sri Pahang.

Perkara itu didedahkan oleh seorang ejen yang berdaftar dengan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA), Dr. Faidauz Azhar yang melihat masalah kewangan menjadi sebab kelab-kelab  sukar untuk bertanding.

“Jika pasukan ini menghadapi masalah seperti laporan FIFA daripada pemain import yang membabitkan kewangan yang besar.”

“Berkemungkinan pasukan-pasukan ini sukar bertanding dan juga mendapatkan lesen kebangsaan, terpulang kepada budi bicara Malaysian Football League (MFL) serta First Instance Body (FIB),” katanya dalam rakaman video bersama Astro Arena.

Sebelum ini, terdapat beberapa khabar angin yang bertiup kencang terdapat pasukan-pasukan yang tidak akan layak beraksi dalam saingan Liga Super musim hadapan.

Sementara itu, Faidauz menambah, tiga kelab tersebut mempunyai jumlah penyokong yang besar dan menjadi kerugiaan andainya pasukan-pasukan ini tiada lagi di liga musim hadapan.

Malah katanya, ramai bakat baharu yang turut dilahir daripada pasukan tersebut.
Dalam pada itu, Saingan Liga Super kini memasuki minggu ke-21 dengan Johor Darul Ta’zim (JDT) masih menerajui takhta liga sambil diekori oleh pasukan Selangor dan Sabah. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast