Manuel Hidalgo.

KUALA LUMPUR – Pemain sayap Johor Darul Ta’zim (JDT), Manuel Hidalgo disahkan layak menyarung jersi Harimau Malaya selepas mendapat kelulusan daripada FIFA.

Pengesahan tersebut dibuat oleh Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Noor Azman. Rahman yang mengakui FAM baru sahaja menerima kelulusan daripada FIFA berkenaan status kelayakan Hidalgo bagi mewakili skuad Harimau Malaya semalam.

Malah, beliau menjangkakan senarai nama pemain yang dipanggil bakal diumumkan pada Jumaat sebagai persiapan bagi menghadapi kejohanan FIFA ASEAN Cup 2026 di Jakarta, Indonesia pada penghujung bulan ini.

“Soalan yang bagus, Hidalgo baru dapat (surat kelulusan) dari FIFA semalam (Rabu). Senarai nama pemain Malaysia akan dikeluarkan dalam masa terdekat. Berkemungkinan esok.

“Shane Lowry masih belum lagi,” katanya pada sidang media selepas Kongres Luar Biasa FAM, di sini, hari ini.

Sebelum ini, rakan sepasukan Hidalgo di JDT, Bergson Da Silva dan Brad Tapp sudah pun mendapat kelulusan daripada FIFA bagi menyarung jersi skuad negara dan memperkuat cabaran menjelang tempoh antarabangsa FIFA yang akan datang.

Ketika ditanya mengenai status permohonan pertahanan Kuala Lumpur (KL) City, Giancarlo Gallifuoco untuk mendapatkan status pemain naturalisasi, Noor Azman menjelaskan beliau perlu menyemak terlebih dahulu perkara itu.

“Berkenaan Gallifuoco bagi saya semak dahulu dan mendapatkan maklumat terperinci sebab mungkin permohonannya ada sedikit masalah teknikal,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here