PETALING JAYA – Presiden Liga Bolasepak Malaysia (MFL) Datuk Ab Ghani Hassan hari ini dipilih sebagai Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) bagi baki penggal 2025-2029 pada Pemilihan Jawatankuasa Eksekutif FAM sempena Kongres Luar Biasa FAM Kedua 2026 di sini.
Ab Ghani memperoleh 20 undi untuk menewaskan Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) Datuk Seri Shahril Mokhtar yang meraih lima undi dalam pertandingan satu lawan satu bagi jawatan presiden.
Pemilihan itu diadakan bagi mengisi semula barisan kepimpinan FAM selepas keseluruhan Jawatankuasa Eksekutif FAM bagi penggal 2025-2029 meletak jawatan secara kolektif pada Januari lepas. – BERNAMA
















