Kedua-dua mereka yang baru tiga jam berkenalan ditahan pegawai masjid bersama anggota polis sebelum Pegawai Penguatkuasa JAIM hadir kira-kira jam 1.35 petang untuk membuat tangkapan semula di Balai Polis Sungai Udang.

MELAKA – Baru tiga jam berkenalan menerusi aplikasi Telegram, seorang lelaki terus mengajak wanita yang dikenalinya bersarapan sebelum membawanya masuk ke sebuah bilik sewa di Sungai Udang di sini hari ini.

Tindakan lelaki berusia 21 tahun itu membawa padah apabila dia dan wanita berusia 20 tahun berkenaan ditahan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) kerana disyaki berkhalwat kira-kira jam 11.10 pagi tadi.

Kedua-dua mereka ditahan pegawai masjid bersama anggota polis sebelum Pegawai Penguatkuasa JAIM hadir kira-kira 1.35 petang untuk membuat tangkapan semula di Balai Polis Sungai Udang.

Menurut sumber, lelaki terbabit dikatakan berkenalan dengan wanita itu menerusi aplikasi Telegram kira-kira jam 8 pagi sebelum mengajaknya bersarapan.

“Selepas berkenalan di laman sembang itu dan selesai bersarapan, lelaki terbabit mengajak wanita berkenaan ke sebuah bilik sewa pada kira-kira 11 pagi.

“Bagaimanapun, perbuatan mereka terbongkar apabila kedua-duanya ditahan pegawai masjid bersama anggota polis kira-kira  11.10 pagi,” katanya kepada MalaysiaGazette di sini hari ini.

Sumber berkata, kedua-dua orang yang disyaki (OYDS) masih bujang itu kemudiannya diserahkan kepada pihak JAIM untuk tindakan lanjut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 53 Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991 kerana disyaki berkhalwat.

“Tindakan penguatkuasaan yang dijalankan bukan bertujuan mengaibkan mana-mana pihak.

“Sebaliknya ia sebagai usaha mendidik masyarakat supaya mematuhi tuntutan agama dan mengelakkan perbuatan yang boleh menimbulkan fitnah,” katanya.

JAIM sentiasa menasihatkan orang ramai agar menjaga batas pergaulan serta mengelakkan hubungan serta keadaan yang boleh menimbulkan syak wasangka dan bertentangan dengan hukum syarak. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here