Setiausaha Agung UMNO, Dr Asyraf Wajdi Dusuki berucap pada Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Bukit Bintang di Grand Banquet Hall, UTM Hotel& Residences, Kuala Lumpur. Foto AIZAT ZAINAL, 6 JULAI 2025.

KUALA LUMPUR – Hantaran `Alhamdulillah’ oleh Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi menerusi hantaran di Facebooknya hari ini mencetuskan tanda tanya.

Hantaran itu dibuat ketika Lembaga Pengampunan Wilayah-Wilayah Persekutuan sedang bermesyuarat di Istana Negara hari ini bagi membincangkan permohonan pengampunan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

MalaysiaGazette difahamkan agenda permohonan Najib menjadi satu-satunya perkara dalam agenda mesyuarat Lembaga Pengampunan yang dijangka bersidang jam 9 pagi ini.

Terdahulu Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Hannah Yeoh tiba di Istana Negara melalui Pintu 2 kira-kira jam 7.48 pagi tadi.

Kenderaan membawa Hannah kemudian dilihat meninggalkan Istana Negara selepas kira-kira dua jam mesyuarat berlangsung.

Setakat ini, belum ada sebarang pengumuman rasmi berkenaan hasil mesyuarat tersebut.

Permohonan pengampunan Najib sebelum ini tidak diputuskan dalam mesyuarat Lembaga Pengampunan pada 11 September yang dipengerusikan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.

Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang Jabatan Perdana Menteri kemudian memaklumkan bahawa Agong berkenan menangguhkan pertimbangan permohonan itu ke mesyuarat Lembaga Pengampunan akan datang. – MalaysiaGazette

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here