ACP Nik Ezanee Mohd Faisal

PETALING JAYA – Seorang pegawai kanan polis ditahan dalam satu serbuan Op Noda yang dilaksanakan oleh pasukan Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya di sebuah pusat hiburan yang melanggar Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di Kelana Jaya awal pagi ini.

Ketua polis daerah berkenaan, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, dalam kejadian serbuan sekitar 2.05 pagi itu, dua anggota polis rondaan MPV bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti telah menerima maklumat sebuah pusat hiburan masih beroperasi tengah malam di kawasan Kelana Jaya.

“Semasa pemeriksaan premis berkenaan masih beroperasi dan terdapat ramai pelanggan di dalam pusat hiburan itu.

“Ketika pemeriksaan seorang lelaki dipercayai pelanggan kelab berkenaan telah datang memperkenalkan diri sebagai pegawai kanan yang bertugas di Kontinjen Selangor dan  berpangkat Inspektor.

“Dalam kejadian itu pegawai kanan berkenaan telah membuat provokasi dengan cara menghina dan cuba mengugut anggota polis MPV yang sedang menjalankan tugas mereka.

“Pegawai polis kanan berkenaan kemudian telah ditahan,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

Tambah beliau, dia kini disiasat di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan dan Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di Dalam Kawasan tempatan Jangkitan (no.7) Pindaan 2020.

“Hasil semakan lanjut polis mendapati pegawai berkenaan yang berusia 39 tahun itu masih bertugas di salah sebuah IPD di Kontinjen Selangor.

“Di sini sudi saya memberi peringatan keras kepada semua terutama sekali anggota PDRM dan agensi-agensi penguatkuasa agar terus berdisiplin dan tidak mengganggu petugas yang sedang melaksanakan tugasnya.

“Tindakan disiplin dan undang-undang sudah tentunya akan diambil tanpa mengira pangkat dan kedudukan,” tegas Nik Ezanee

12 Komen

  1. makan banyak sangat kenyang duit haram taukey gengster club, elok di buang kerja ramai lagi orang nak kerja

  2. Mentaliti ‘org besar’ terdapat di mana2 jabatan pun.Tidak dinafikan karenah spt ini byk memberi kesan pada pandangan masyrakat,walaupun hanya segelintir yg terbabit..

  3. Minta PDRM buat serbuan dengan rakaman video. Tak kiralah pegawai ke, politik ke, 6 jahnam ke, artis ke, cartel ke, polis, bomba, askar, mergastua ke.. banyk songe, senang buat barang kes..

  4. Mcm ni punya pegawai elok dibuang ja ..rakyat tak perlu org dalam sprt ni .tambah2 dalam PDRM..banyak lagi yg boleh ganti tempat dia..duri dalam lipatan

  5. PENGUAT KUASA POLIS JUGA TERLIBAT,
    ITULAH MANUSIA, ORG YG TERLIBAT ADALAH PELBAGAI KATEGORI.
    SAMADA ORG BIASA DAN ORG BESAR ADA YG MEMANG MELAKUKAN KESALAHAN.
    TPI SIAPA YG AKAN MENANGKAP PENGUAT KUASA? ORG BIASA/ AWAM YG AKAN MENJADI MATA DAN TELINGA UTK MEMPASTIKAN PENGUAT KUASA D LANDASAN YG BETUL. REPOT DKT FACEBOOK SUPAYA NETIZEN PN BLH SHARE. KLU REPOT. DGN POLIS, BOLEH. TPI SEKARANG RAMAI YG LIHAT KES TK SELESAI HANYA REPOT SAHAJA. KES CURI. BOLEH REPOT. DAPAT BALIK? INSYAALLAH. ADA REZEKI, KERJA ALLAH SWT. TPI KES JUDI? DENGAR BANYAK RASUAH DKT ORG TERTENTU SBB TU MEMANG SUSAH NK BANTERAS JUDI. NETIZEN D LUAR SANA MCM MANA?

  6. Pegawai tu dh makan duit bulanan….
    Sbb itu kita lihat jenayah xdapay dihapuskan secara total sbb ada penguatkuasa sebagini

  7. Gantung tugas 1 bulan sebagai pengajaran kepada semua anggota bertugas seluruh malaysia.
    Ugutan kes serius apa lagi provokasi…. tiada jaminan keselamatan utk anggota selepas masa bertugas. Apa lagi kalau anggota di ugut mempunyai keluarga.

  8. Batu apirluksnb, setuju tapi ubah sikit je komen tu. Perangai dia tak macam MB langsung, tapi macam menteri-menteri PN + MN sekarang yang tak patuh SOP dan yang gemar buli rakyat suka hati.

Comments are closed.