Dewan Negara bersidang dari 21 hingga 31 Mac ini diminta bersetuju empat RUU yang diluluskan Dewan Rakyat baru-baru ini.

KUALA LUMPUR – Ahli Dewan Negara pembangkang hari ini mengeluh dengan tindakan Yang Dipertua Dewan Negara yang baru dilantik, Tan Sri Rais Yatim.

Menurut Senator Liew Chin Tong, mereka tidak dibenarkan untuk mengemukakan soalan tambahan kedua pada sesi pertanyaan lisan Dewan Rakyat.

“Semenjak Tan Sri Dr Rais Yatim menjadi Yang Di-Pertua Dewan Negara yang baharu, beliau tidak membenarkan ahli Dewan Negara bertanyakan soalan tambahan kedua.

“Amalan ini menghalang Senator untuk melakukan semak dan imbang terhadap jemaah menteri semasa sesi soal jawab,” katanya, hari ini.

Justeru itu, Chin Tong meminta agar Rais membenarkan semua Senator di Dewan Rakyat dibenarkan untuk mengemukakan soalan tambahan.

“Saya meminta agar Yang di-Pertua Dewan Negara membenarkan ahli-ahli Dewan Negara untuk mengemukakan soalan-soalan tambahan kedua pada sesi Pertanyaan-Pertanyaan Bagi Jawab Lisan seperti amalan sejak dahulu, bagi menjamin peluang melakukan semak imbang terhadap para menteri,” katanya lagi.

Pelantikan Rais Yatim kepada jawatan itu mendapat tentangan hebat daripada Senator pembangkang yang menganggap pencalonan Rais sebagai Yang Di-Pertuan Dewan Negara tidak sah kerana dicalonkan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin yang bukan anggota Dewan Negara.

Perkara itu diketengahkan Senator DAP, Nga Hock Cheh.

Kata Nga, Perdana Menteri, Muhyiddin tidak berhak untuk mengambil bahagian dalam pemilihan berkenaan atau memberikan nama untuk pencalonan.

Rais Ymengangkat sumpah sebagai Yang Dipertua Dewan Negara yang Ke-18 Isnin lalu dengan menerima 45 undi berbanding calon pembangkang, Yusmadi Yusoff yang mendapat hanya 19 undi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast