Datuk Saifuddin Abdullah Undi 18 GE15 General Election voters vote
Saifuddin Abdullah

SUBANG – Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah menyifatkan desakan supaya timbalannya, Datuk Zaihidi Zainul Abidin meletakkan jawatan sebagai pandangan peribadi Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

“Itu pandangan peribadi saudara Lim Guan Eng,” katanya menjawab soalan wartawan berhubung desakan tersebut susulan kontroversi isu Veveonah Mosibin yang membabitkan Zahidi.

Timbalan menteri itu sebelum ini mengeluarkan kenyataan bahawa Veveonah tidak menduduki peperiksaan ketika memuatnaik video beliau memanjat pokok untuk mendapatkan liputan Internet bagi menjawab soalan peperiksaan.

Sementara itu ditanya mengenai caj 20 sen bagi urusniaga e-dagang bawah RM1000 oleh pengguna dalam talian yang juga dicetuskan oleh timbalannya, Saifuddin berkata, perkara itu tidak dibincangkan.

“Saya difahamkan yang beliau (Zahidi) sebut dalam satu perbincangan dan disebut secara umum sahaja.

“Semalam kementerian beri kenyataan iaitu buat masa ini kita belum membincangkan perkara itu,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menyaksikan penyarahan surat tawaran rumah PPR kepada 25 penggiat seni veteran di PPR Lembah Subang 2 petang tadi yang disempurnakan oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamarudin. – MalaysiaGazette

 

1 Komen

Comments are closed.