Orang ramai diminta jangan mempercayai mesej tular mengenai pendaftaran pengundi berusia 18 tahun.- Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Orang ramai diminta jangan mempercayai mesej tular mengenai pendaftaran pengundi berusia 18 tahun.

Suruhanjaya Pilhan Raya Malaysia (SPR) dalam satu kenyataan hari ini menegaskan, ia satu usaha pihak tidak bertanggungjawab yang cuba mengelirukan orang ramai.

“Berhubung mesej tular yang mendakwa kononnya kenyataan daripada Pengerusi SPR terdapat seramai 4.5 juta rakyat Malaysia yang layak masih belum berdaftar sebagai pemilih khususnya pendaftaran untuk warganegara yang berusia 18 tahun adalah tidak berasas.

“Hakikatnya, warganegara yang berusia 18 tahun masih belum dibenarkan mendaftar sebagai pengundi,” kata kenyataan Unit Komunikasi Korporat SPR.

SPR kini dalam persiapan untuk melaksanakan pendaftaran pengundi 18 tahun dan pendaftaran pemilih secara automatik berdasarkan pindaan yang diluluskan Parlimen.

Sehubungan itu, orang ramai diminta tidak terpengaruh dan menyebarkan mesej-mesej palsu kerana dikhuatiti boleh menimbulkan kekeliruan selain ia boleh menganggu gugat kententeraman awam.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast