PRN SABAH : Kalau Perlu Kuarantin, Teruskan – Shafie Apdal

SEMPORNA – Langkah Kementerian Kesihatan (KKM) untuk meneliti keperluan mengenakan kuarantin wajib terhadap mereka yang pulang ke Semenanjung dari Sabah selepas urusan Pilihan Raya Negeri (PRN) disambut baik Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Seri Shafie Apdal.

Katanya, sekiranya pelaksanaan itu perlu, maka kerajaan Perikatan Nasional (PN) digesa segera membuat pelaksanaan itu demi membendung penularan Covid-19.