Musa Aman

KOTA KINABALU – Sejak beberapa hari ini timbul pelbagai soalan tentang masa depan bekas Ketua Menteri, Tan Sri Musa Aman yang tidak bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

Bagaimanapun, sebelum itu Musa menerusi akaun Twitter membayangkan akan bertanding di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Manila.

Sumber memberitahu, ada kemungkinan bekas Ketua Menteri itu akan di tawarkan jawatan Yang di-Pertua Negeri Sabah (TYT) seandainya Barisan Nasional (BN) dan rakan-rakannya menang pada PRN.

Malah ketika ini rundingan tentang perkara tersebut sedang giat dilakukan.

“Kita tunggu dan lihat, rasanya tidak berapa ‘sesuai’ untuk beliau bertanding ketika ini, sebaliknya beri peluang kepadanya menjadi TYT pula jika BN dapat membentuk kerajaan. Itu juga yang sebaiknya,” katanya kepada MalaysiaGazette.

Sumber itu berkata, Musa telah berkoban yang mana sebelum ini terdapat desas desus beliau akan bertanding atas tiket bebas atau parti lain seperti Parti Cinta Sabah (PCS) yang diterajui adiknya, Datuk Seri Anifah Aman. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast