Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak (tengah) bersama Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail (dua dari kanan), Calon Barisan Nasional (BN) DUN N.71 Tanjung Batu, Andi Muhammad Suryady Bandy (empat dari kiri) dan Calon Barisan Nasional (BN) DUN N.70 Kukusan, Chaya Sulaiman (tiga dari kiri) bersorak bersama penyokong selepas hadir ke ceramah Pilihan Raya 'Bossku' bersama jentera BN sempena kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-16 Sabah di Command Center BN Kalabakan, Tawau, Sabah. foto MOHD ADZLAN, 12 SEPTEMBER 2020.

KALABAKAN – Presiden Parti Warisan Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang sempat menghubungi bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada hari penamaan calon pagi ini di Semporna mendapat perhatian seterunya, Datuk Seri Najib Razak.

Najib ketika di Kalabakan berkata tindakan Shafie membuat panggilan kepada Dr Mahathir bagaikan kelakuan pelajar yang dibuli di sekolah.

“Presiden Warisan ini penyokong kuat atuk (Tun Dr Mahathir). Tadi dia pun telefon atuk kata Najib datang Tawau. Macam budak sekolah mengadu kat cikgu. Cikgu ada budak jahat.

“Saya nak mengadu. Ini dia saya pula disebutnya dalam banyak-banyak pemimpin, saya pulak hang disebut,” katanya ketika sesi ceramah Pilihan Raya ‘Bossku’ bersama jentera BN di Command Center BN Kalabakan, sebentar tadi.

Awal hari ini, gambar dan video Ahli Parlimen Semporna itu viral apabila beliau mengadakan perbualan video dengan Dr Mahathir.

Dalam video itu, Shafie membuat panggilan video dan memberikan perkembangan terkini sambil bertanya khabar kepada Pengerusi Parti Pejuang tersebut.

Shafie turut memberikan maklumat mengenai keberadaan Najib yang kini di Tawau untuk membantu kempen BN.

“Takut kepada Bossku ke? Sampai mengadu kepada Atuk,” kata Najib.

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berucap ketika hadir ke ceramah Pilihan Raya ‘Bossku’ bersama jentera BN sempena kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-16 Sabah di Command Center BN Kalabakan, Tawau, Sabah. foto MOHD ADZLAN, 12 SEPTEMBER 2020.

Dalam pada itu, Najib mencabar Dr Mahathir untuk turun berkempen bagi memenangkan Warisan Plus pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang sedang berlangsung.

Dengan nada sinis Najib berkata, kehadiran Dr Mahathir kemungkinan kemenangan besar Gabungan Rakyat Sabah yang disertai Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN) dan Parti Bersatu Sabah (PBS).

“Atuk nak datang ke Sabah ke? Saya suka kalau atuk datang ke Sabah. Sebab mana-mana tempat dia datang, BN menang lebih besar.

“Saya harap dia datang ke Sabah. Kempen di Sabah sebab orang Sabah tahu dalam masa 22 tahun, kemudiannya menjadi Perdana Menteri ketujuh, apa yang dia buat untuk orang Sabah,” katanya.

Selepas PRU14, BN memenangi lapan kerusi PRK berbanding PH yang memegang lima kerusi.

BN memenangi PRK Cameron Highlands pada 26 Januari 2019, DUN Semenyih pada 2 Mac 2109, DUN Rantau pada 13 April 2019, Parlimen Tanjung Piai pada 16 November 2019 dan Parlimen Kimanis 18 Januari lalu.

Terbaharu BN turut memenangi kerusi PRK Chini dan Slim, Perak pada 29 Ogos lalu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

2 Komen

  1. Kalau atuk masih PM mmg patut jg dia call…ini atuk dah terduduk itu pun dia nk call..move on lah sapi abdal ko ckp warisan parti tempatan dan ko confirm org sabah akan sokong ko…nak takut apa lagi pun ko dah bagi org kg geran tanah mesti org sabah sayang ko…lex lah bro..kalau ko kalah pun nak lari pulang kampung pun dekat je guna pump bot siap pacak bendera kapal layar lagi…

Comments are closed.