Calon Barisan Nasional (BN) N.17 Darau, Datuk Jumat Idris (dua kanan) bersama Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan (tengah) serta Calon Barisan Nasional (BN) N.16 Karambunai, Datuk Yakubah Khan (kiri) dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datin Mastura Yazid (kanan) meluangkan masa bersama sebelum memulakan sesi walkabout sempena kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-16 Sabah di Pekan Telipok, Kota Kinabalu, Sabah. foto HAZROL ZAINAL, 13 SEPTEMBER 2020.

KOTA KINABALU – Meskipun 90 peratus calon Barisan Nasional (BN) kali ini adalah muka baharu namun Setiausaha Agung UMNO,  Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, kemampuan kesemuanya tidak boleh diperlekeh.

Katanya, calon-calon baharu yang dipilih dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah kali ini  mempunyai pengalaman dalam politik hampir belasan tahun.

“Mengikut apa yang kita lihat semalam calon-calon kita 90 peratus muka baharu tetapi walaupun begitu, calon itu banyak pengalaman.

“Ada yang menunggu untuk menjadi calon sejak tahun 1991, Datuk Jafry Ariffin (calon BN N.59 DUN Sukau) iaitu sejak 29 tahun lepas,” katanya ketika ditemui ketika Program Walkabout di kawasan Telipok Darat hari ini.

Mengulas lanjut pada hari kedua berkempen Ahmad  berharap bukan sahaja calon BN malah Perikatan Nasional (PN) dan semua parti di bawah Gabungan Rakyat Sabah (GRS) akan menjadi pesaing hebat buat Warisan kali ini.

“Yang kami tumpukan 41 calon BN, PN itu kita bersama, kita mengalu-alukan GRS yang telah kita persetujui.

“GRS ini gabungan BN, PN dan PBS dan kita harap gabungan ini akan memberi tantangan (pesaing)  dan saingan yang hebat kepada Warisan, DAP, UPKO dan PKR DAN PCS (Parti Cinta Sabah),” tambahnya. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast