Calon Warisan N.26 Moyog, Datuk Darell Leiking (dua kiri) bersama Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (tiga kiri) beramah mesra dengan sebahagian pemain pada Program 'Meet and Greet' serta Perlawanan Bola Sepak Persahabatan sempena kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-16 Sabah di Stadium Penampang, Kota Kinabalu, Sabah. foto HAZROL ZAINAL, 13 SEPTEMBER 2020.

KOTA KINABALU – Datuk Darell Leiking tidak menganggap pertembungan di antara Perikatan Nasional (PN) dengan Parti Bersatu Sabah (PBS) di kerusi yang ditandinginya iaitu Dewan Undangan Negeri (DUN) Moyog sebagai satu kelebihan kepadanya.

Sebaliknya bekas menteri itu menganggap ia sebagai cabaran.

Jelas Calon Parti Warisan Sabah (Warisan) di DUN itu,  meskipun parti-parti itu kini dilihat tidak bersolidariti dalam agihan kerusi untuk dipertandingkan namun mereka juga boleh bergabung.

“Saya tidak pernah anggap pertindihan kerusi di antara PN dengan BN sebagai kelebihan bahkan ia merupakan cabaran kerana somehow mereka boleh menjadi geng,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Meet and Greet di Stadium Penampang hari ini.

Darell yang juga merupakan Ahli Parlimen Penampang menambah beliau perlu bekerja keras selama lebih kurang 12 hari menuju ke Pilihan Raya Negeri (PRN) 26 September nanti.

“Di kawasan saya di Moyog kita tidak mengambil ringan dan kita nampak bahawa ini adalah suatu cabaran yang besar dan bukan senang sebab ramai personaliti-personaliti di DUN ini adalah orang terkenal.

“Tapi saya percaya usaha kami selama ini dan pergaulan kami dengan rakan-rakan di Moyog kami mesti bekerja keras, mesti ambil perhatian kepada apa yang berlaku dalam 13 hari yang tinggal,” katanya lagi.

DUN Moyog adalah antara 17 kerusi yang bertindih di antara  PN, BN dan PBS.

Dalam pada itu, Darell menolak dakwaan pengundi Sabah kini mempunyai persepsi negatif terhadap parti itu.

Sebaliknya kata Timbalan Presiden parti itu hanya tertentu sahaja yang cuba menimbulkan persepsi negatif  untuk menjatuhkan kerajaan negeri itu. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast