PILIHAN RAYA Negeri (PRN) Sabah bakal menyaksikan pertarungan sengit tiga fraksi iaitu PH -Warisan, Parti Cinta Sabah (PCS) dan Barisan Nasional-Perikatan Nasional-Parti Bersatu Sabah (PBS).- Gambar hiasan.

PILIHAN RAYA Negeri (PRN) Sabah bakal menyaksikan pertarungan sengit tiga fraksi iaitu PH -Warisan, Parti Cinta Sabah (PCS) dan Barisan Nasional-Perikatan Nasional-Parti Bersatu Sabah (PBS).

Tambahan pula, ketiga-tiga parti tersebut bakal berdepan dengan pertandingan antara lima hingga enam penjuru di hampir 70 peratus daripada 73 kerusi yang dipertandingkan yang merumitkan lagi percaturan politik mereka.

Pada masa sama kehangatan kempen PRN kai ini turut diselubungi tanda tanya tentang masa depan bekas Ketua Menteri, Tan Sri Musa Aman yang tidak bertanding kali ini.

MalaysiaGazette sendiri difahamkan ada kemungkinan Musa akan di tawarkan jawatan Yang di-Pertua Negeri Sabah (TYT) seandainya BN menang membentuk kerajaan kelak.

Juga ada laporan berita yang mendedahkan Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan satu kluster baharu telah dikenalpasti dalam kalangan pendatang tanpa izin (PATI) di Kunak, Sabah (Kluster Laut).

Apa yang jelas semalam ketika penamaan calon adalah PRN kali ini ada banyak sub plot dan ini bermaksud pada September 26 nanti, kita bakal menerima keputusan-keputusan yang mengejutkan.

Ianya juga sebenarnya DNA orang Sabah untuk memberi kejutan seperti itu.

Bagi yang lain, kesemua ini adalah sesuatu yang menarik kerana untuk mereka ini satu bentuk ‘hiburan’ kerana banyak tidak terduga akan berlaku.

Tetapi untuk rakyat Sabah, kesemua yang berlaku ketika ini hanya bermaksud ketidakstabilan politik yang berlaku pada tahun 1994 bakal berulang.

Pada tahun 1994, beberapa ADUN PBS isytihar mereka keluar daripada parti.

Mereka kemudian bertindak menubuhkan parti politik baru dan bakinya masuk UMNO sekaligus memaksa Presiden PBS, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan mengundur diri sebagai Ketua Menteri dan menyerahkan kuasa kepada BN.

Seperti yang dijanjikan sebelumnya oleh UMNO, negeri itu kemudian mengamalkan sistem giliran untuk menentukan Ketua Menteri bergilir setiap dua tahun antara Muslim-Bumiputera dan bukan Muslim-bumiputera ataupun Cina.

Sistem itu mempelbagaikan lagi drama politik Sabah dan adalah punca kadar pendapatan per kapita negeri Sabah merosot daripada 0.88 peratus pada tahun 1990 kepada 0.61 peratus pada tahun 1995.

Untuk makluman negeri Sabah pernah merasai pemerintahan lima kerajaan yang berlainan sejak membentuk Malaysia pada 1963.

Kerajaan pertama Sabah ialah Parti Perikatan dari tahun 1963 hingga 1967, di ikuti Pertubuhan Kebangsaan Bersatu Sabah (USNO 1967 hingga 1976), Berjaya (1976 hingga 1985), Parti Bersatu Sabah (PBS 1985 hingga 1994) dan BN (1994 hingga kini).

Datuk Seri Mohd Shafie Apdal

Apabila sebuah kerajaan bertukar yang turut berubah bersamanya adalah polisi dan cara pentadbirannya.

Jangan lupa juga, para pelabur akan khuatir dengan situasi politik sedemikian dan akan bertindak membawa pelaburan mereka ke negeri lain yang mempunyai keadaan politik jauh lebih stabil.

Dengan Ini, ianya pasti sehingga sebuah kerajaan negeri yang benar-benar stabil dan kukuh dapat di bentuk, Sabah akan terus ketinggalan daripada pembangunan infrastruktur dan terus dibelenggui kemiskinan.

Ianya bukanlah satu retorik mahupun sekadar tulisan sahaja sebaliknya satu fakta.

Rakyat harus membuat pilihan yang tepat  dengan tidak mengulangi kesilapan lalu pada pilihan raya kali ini bagi memastikan masa depan generasi muda dan negeri ini mempunyai hala tuju jelas.

Presiden Parti Cinta Sabah (PCS), Datuk Seri Anifah Aman

Sesiapapun yang berkuasa pada PRN Sabah bakal berhadapan dengan cabaran besar daripada segi ekonomi, sosial dan kesihatan dalam memerintah negeri kelak.

Kerajaan negeri yang akan dibentuk nanti mesti bersedia dengan blueprint dalam menentukan hala tuju dan masa hadapan Sabah.

Kerajaan Negeri Sabah yang bakal dibentuk nanti perlu mengadakan polisi-polisi baharu untuk jangka masa pendek dan jangka masa panjang yang lebih komprehensif dalam menjana ekonomi Sabah yang lebih baik agar rakyat mendapat manfaat secara langsung.

Setelah kontroversi dua kali jatuhnya kerajaan negeri dalam tempoh dua tahun ini, faktor kestabilan politik pasca-PRN seharusnya diberi keutamaan oleh pengundi Sabah pada 26 September nanti.

#kitajagakita. Tolak drama politik. Utamakan Sabah.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast