Nik Khatijah Nik Mud strangled IKRAM murder Selangor Criminal Investigation Department Chief, Senior Assistant Commissioner Datuk Fadzil Ahmat
Selangor Criminal Investigation Department Chief, Senior Assistant Commissioner Datuk Fadzil Ahmat

KUALA LUMPUR – Empat suspek yang direman dalam kes pencemaran Sungai Gong yang mengakibatkan gangguan bekalan air kepada kira-kira 1.2 juta pengguna Lembah Klang akan didakwa di Mahkamah Selayang esok.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Datuk Fadzil Ahmat berkata, kertas siasatan kes itu telah dirujuk kepada Pejabat Peguam Negara dan diputuskan untuk menuduh empat ahli lembaga pengarah dan seorang pengurus kilang tersebut.

“Pertuduhan pertama ke atas lima tangkapan tersebut adalah di bawah Seksyen 430 Kanun Keseksaan dibacakan bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

“Sementara itu pertuduhan kedua ke atas lima tangkapan ini adalah di bawah Seksyen 25 Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 dibacakan bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Fadzil, seramai empat lagi tangkapan lain dalam kes berkenaan telahpun dibebaskan dengan bon di bawah Seksyen 118 Kanun Tatacara Jenayah untuk dijadikan saksi.

“Pertuduhan ke atas keempat-empat suspek akan dilakukan pada 15 September ini jam 8 pagi di Mahkamah Seksyen Selayang, Gombak,” tegasnya.-MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

 

Pencemaran bau Sungai Gong: Empat beradik pemilik kilang ditahan

ARTIKEL BERKAITAN:

Polis timbang klasifikasi pencemaran alam sekitar sebagai jenayah SOSMA