Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin hadir pada Majlis Pelancaran Aku Janji Gabungan Rakyat Sabah sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-16 Sabah di Magellan Sutera Hotel, Kota Kinabalu, Sabah. foto HAZROL ZAINAL, 16 SEPTEMBER 2020.

KOTA KINABALU – Pengerusi Barisan (BN) Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin yakin manifesto yang akan dilancar petang ini mengandungi tawaran yang akan dilaksanakan kepada rakyat negeri itu.

Beliau sedar kepentingan manifesto akan memberi kesan kepada penerimaan rakyat terhadap sesebuah parti yang dilihat mampu atau sebaliknya untuk menjadi kerajaan.

Diminta mengulas mengenai manifesto yang akan dilancar petang ini bersama-sama Akujanji BN dan PN, Bung Moktar berkata, parti itu hanya akan memberi tawaran yang boleh dilaksanakan.

“Saya berkeyakinan sebab manifesto ini kita telah rangka dari awal sudah tentu akan dapat ditunaikan kita tidak mahu manifesto ini dijadikan sebagai satu bahan gelak ketawa rakyat.

“Sebab kita percaya kalau kita tidak menunaikan manifesto kita rakyat akan tolak kita,” katanya ketika Program Ramah Mesra bersama calon DUN Karambunai Datuk Yakubah Khan dan DUN Darau Datuk Jumat Idris hari ini.

Hari ini dijangka Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin akan melancarkan Manifesto BN dan Perikatan Nasional sebagai tawaran kepada rakyat menjelang PRN Sabah 26 September ini.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast