KOTA KINABALU – Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yakin mampu memberikan hala tuju baharu negeri Sabah jika diberi mandat diberikan pada 26 September ini.
Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Sabah, Datuk Hajiji Mohd Noor berkata, mandat itu amat diperlukan untuk kemaslahatan rakyat selepas Parti Warisan Sabah (Warisan) gagal berfungsi dengan baik sebagai kerajaan negeri.
“Kita akan tawarkan suatu yang lebih baik dan bertujuan membaik pulih ekonomi negeri Sabah yang semakin hancur akibat pentadbiran Warisan.
“Negeri ini akan maju ke hadapan selepas ini jika diberi mandat pada 26 September ini,” katanya ketika menyampaikan ucapan di Majlis Pelancaran Aku Janji GRS di sini hari ini.
Gabungan berkenaan terdiri daripada Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN).
Jelas Hajiji, setiap tawaran GRS kepada rakyat Sabah akan menjadi lebih baik dan mudah dilaksanakan kerana menerima sokongan penuh diberi kerajaan persekutuan.
“Gabungan tiga parti ini amat meyakinkan. GRS, PN, BN dan PBS, akan dapat menawarkan satu tawaran baru yang berkonsepkan sayangi sabah.
“Ia juga bertujuan melahirkan kecintaan terhadap Sabah dan ke arah memacu Sabah ke arah lebih baik.
“Keyakinan ini kita jelaskan kerana kepimpinan kerajaan Tan Sri Muhyiddin Yassin telah melakukan yang terbaik dan kita dapat saksikan semua itu termasuk menangani isu Covid 19 dan masalah ekonomi,” katanya.-MalaysiaGazette