Calon Perikatan Nasional (PN) DUN N.68 Apas, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan meyantuni kanak-kanak ketika hadir ke program Ramah-Mesra bersama pengundi sempena kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-16 Sabah di PDM Andrassy DUN Balung, Tawau, Sabah. foto MOHD ADZLAN, 16 SEPTEMBER 2020.

TAWAU – Para pengundi sekitar Tawau memberikan isyarat yang mereka menolak Parti Warisan Sabah (Warisan) sebagai kerajaan, kata calon Perikatan Nasional (PN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Apas, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan.

Menurutnya, mesej itu yang disampaikan secara tidak langsung oleh pengundi selepas dua tahun diperintah oleh parti pimpinan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal itu.

“Kita boleh melihat daripada body language masyarakat yang ada di kawasan ini telah menunjukkan respon yang positif. Apabila kita tanya kepada mereka mereka telah merasa selama dua tahun kerajaan Warisan memerintah di Sabah ini bersama DAP, mereka merasakan tidak ada apa-apa sesuatu pun yang memberi manfaat dan kebaikan kepada kebajikan rakyat bahkan semua yang dibuat itu adalah hasil daripada lanjutan apa yang telah dibuat oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) dahulu,” katanya dalam satu program ramah mesra di di PDM Andrassy, Tawau, semalam.

Oleh itu, Kerajaan Perikatan Nasional (PN) telah bekerjasama dengan parti-parti lain antaranya Barisan Nasional (BN) bagi merampas kembali kerajaan Sabah daripada tangan kerajaan Warisan.

“Saya rasa matlamat kita sama tujuan kita sama adalah untuk mengambil alih kerajaan negeri di Sabah ini sebab itu untuk kita mengambil alih di Sabah ini kita harus bekerjasama harus ada kesefahaman dan setiakawan.

“Tak kiralah kita daripada UMNO, Bersatu atau Star yang penting di bawah gabungan PN.

“Kita mesti pastikan dapat kemenangan di Sabah kerana matlamat kita adalah untuk menyumbang satu kerusi bagi mengambil alih kerajaan di Sabah ini,” katanya lagi.

Calon Perikatan Nasional (PN) DUN N.68 Apas, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan bercakap kepada media selepas hadir ke program Ramah-Mesra bersama pengundi sempena kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-16 Sabah di PDM Andrassy DUN Balung, Tawau, Sabah. foto MOHD ADZLAN, 16 SEPTEMBER 2020.

Selain PN, turut bertanding adalah calon daripada Warisan sendiri, Datuk Amrullah Kamal, Datuk Indal (PCS), dan Mohd Sayadi bin Bakal (USNO)

Untuk rekod, Nizam Abu Bakar adalah penyandang kerusi DUN Apas. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast