Khairul Azam Abdul Aziz

KUALA LUMPUR – Tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memperkenalkan portal dalam bahasa Mandarin disifatkan sebagai tindakan tidak berpelembagaan serta bertentangan dengan dasar kerajaan.

Naib Presiden Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra), Mohd Khairul Azam Abdul Aziz menegaskan, tindakan ini menyebabkan orang Cina tidak melihat apa-apa keperluan untuk memahami, membaca dan menulis dalam bahasa kebangsaan kerana mereka sentiasa diberikan pilihan untuk menggunakan bahasa ibunda walaupun bagi maksud urusan rasmi kerajaan.

Menurutnya, adalah menyedihkan selepas 63 tahun merdeka, masih ada yang mengaku sebagai rakyat Malaysia tetapi tidak memahami pernyataan dalam bahasa kebangsaan sehingga terpaksa dibuat satu laman khas untuk mereka.

”Apa jadi dengan dasar Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa perpaduan dan penyatuan antara kaum di Malaysia?,” soalnya.

Tegas beliau, rakyat Malaysia tidak lagi boleh diberi pilihan bahasa melainkan menggunakan bahasa kebangsaan semata-mata bagi maksud rasmi.

Tambahnya, jika portal ini dibenarkan, maka tidak mustahil nanti akan terpaksa diwujudkan portal dalam bahasa Tamil, Telegu, Jawa, Iban, Kadazan dan Orang Sungai bagi membolehkan beratus etnik berbeza di Malaysia boleh memahami berkaitan perang membanteras rasuah.

Pastinya keadaan ini akan menambahkan jurang perbezaan yang memisahkan antara kaum di Malaysia kerana bahasa adalah alat komunikasi yang menyumbang kepada perpaduan negara.

Oleh itu, katanya, Putra mendesak SPRM agar menutup portal berkenaan dan kembali mengutamakan bahasa Melayu dalam setiap urusan rasmi kerajaan sepertimana yang dikanunkan melalui Perlembagaan Persekutuan. – MalaysiaGazette

SPRM lancar portal bahasa Mandarin

6 Komen

  1. Btul apa yg di utara kn olh putera..harap pihak sprm tutup portol yg tak guna tu..blh merosakkn perpaduan kaum ..hrp sprm n krjaan dgr keluhan rakyat mjoriti ya..jgn smpai kalah mcn bn dulu ya..apa guna ada bhsa kebngsa klu bhsa lain di utama kn juga..tak plu kot..knpa kita nk agung2 sgt bhsa pendatang..pls lh kembali kpd matlamat asal dsar krjaan n ngra tanah mlyu..puak2 ni tak plu bg muka, klu bg muka kepala di pijak nya..

  2. Bukti Kegagalan barisan nasional dan muafakat nasional memupuk perpaduan sesama Kaum dan sekolah satu aliran .
    Tun Mahathir.. ini adalah kegagalan kamu memerintah selama puluhan tahun… terlalu melutut kpd mereka…

  3. Nak martabatkan tulisan jawi pun susah, senang-senang sahaja kerajaan agunglan bahasa mandarin negara china.

  4. Betul tu..lepas ni bahasa apa pulak? Apa makna status Bahasa Kebangsaan, jika semua bahasa sama sahaja? KP SPRM ni buta ke apa??

  5. Jati diri bila dah lemah ini lah kesudahan nya. Tak berani nak berdebat.

    Bila bangsa lain kondem bangsa Melayu, dia pun lagi menambah.

    Tengok saja bangsa asing mereka akan berdiam diri dan kunci mulut bila saja orang Melayu kondem pemimpin mereka, walaupun mereka itu bersalah.

  6. Nk tunjuk keras kepala ke pegawai kat sprm ..atau mmg kepala kamu semua semula jadi keras …berbuih dah bantahan nk bertahan lagi ke idea tk cerdik kamu semua tu . Jilake jer nampak ..

Comments are closed.