Anak pengasas minuman Red Bull, Vorayuth Yoovidhya.

BANGKOK- Pasukan pendakwaraya memutuskan untuk mendakwa pewaris empayar Red Bull, Vorayuth Yoovidhya di atas dua kesalahan iaitu penggunaan dadah jenis kokain serta memandu secara merbahaya sehingga menyebabkan kematian.

Vorayuth atau lebih dikenali sebagai Boss pernah terlibat dalam kes langgar lari menyebabkan kematian seorang pensyarah Fizik di Universiti Chulalongkorn pada 2012.

Menurut Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Litigasi Jenayah, Ittiporn Kawethip, kumpulan kerja Pejabat Peguam Negara yang diketuai oleh Timbalan Peguam Negara, Somsak Tiyavanich telah membuat rekomendasi kepada Peguam Negara dan mereka telah pun menerimanya.

Katanya, walaupun dakwaan terhadap pemanduan merbahaya sehingga menyebabkan kematian telah digugurkan sebelum ini, Ittiporn percaya bukti baharu serta saksi utama baharu boleh membuka semula kes tersebut.

Tambahnya, siasatan semula juga mendapati anak pengasas minuman tenaga itu telah mengambil kokain namun tiada tindakan undang-undang diambil terhadap beliau.- Agensi