Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA) Sabah hari ini membuat laporan polis terhadap Datuk Mohamaddin Ketapi ekoran kenyataannya yang mendakwa perisitwa pencerobohan Lahad Datu satu sandiwara.

KUALA LUMPUR – Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA) Sabah hari ini membuat laporan polis terhadap Datuk Mohamaddin Ketapi ekoran kenyataannya yang mendakwa perisitwa pencerobohan Lahad Datu satu sandiwara.

Ketua Penerangannya, Fariz Fadila mendakwa kenyataan Ahli Parlimen Lahad Datu itu jelas berniat jahat, fitnah dan bertujuan mewujudkan satu persepsi tidak benar ke atas situasi yang benar-benar berlaku di Sabah terkait soal kedaulatan negara.

“Mohamaddin Ketapi juga memfitnah kerajaan serta pasukan keselamatan khususnya polis dan Angkatan Tentera Malaysia sebagai berkomplot mewujudkan suasana panik di Sabah semata-mata kerana mahu mengimbangi pengaruh politik Parti Keadilan Rakyat (PKR) di negeri itu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Secara tidak langsung, menurut Fariz, kenyataan Mohamaddin jelas telah menghina Yang Dipertuan Agong sebagai Ketua Turus Angkatan Tentera sebagai bersubahat dengan kerajaan dalam mewujudkan suasana huru-hara di Sabah.

“ARMADA mahu pihak polis mengambil tindakan sewajarnya dan menyiasat Mohamaddin atas tuduhan fitnah berniat jahat,” ujarnya lagi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast