Gambar hiasan

LONDON (Reuters) – Perdana Menteri Britain, Boris Johnson sedang mempertimbangkan tambahan sekatan susulan peningkatan kes Covid-19 di negara itu.

Menurut Setiausaha Pengangkutan, Grant Shapps, Britain sedang berada dalam keadaan kritikal ketika ini.

“Kita sudah sah berada dalam keadaan kritikal pagi ini.

“Sudah jelas bahawa negara ini hanya beberapa minggu sahaja di belakang apa yang kita telah lihat di negara-negara lain di Eropah.

“Jadi, amat penting kita lakukan apa yang patut dilakukan untuk mengekang peningkatan wabak ini.

“Kami juga ada mendengar pendapat dari pihak-pihak lain termasuk Perdana Menteri berhubung cadangan langkah seterusnya,” katanya ketika ditemubual Sky.

Lebih 40,000 orang mati di Britain dalam tempoh 28 hari selepas disahkan positif Covid-19 sejak pandemik bermula pada Mac lalu.

Angka tersebut merupakan korban tertinggi di Eropah.- MalaysiaGazette