Dr. Noor Hisham Abdullah.

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menggalakkan individu yang pulang dari Sabah termasuk yang terlibat dengan Pilihan Raya Negeri (PRN) menjalani ujian saringan Covid-19 walaupun tidak bergejala.

Namun Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, bagi individu yang bergejala, mereka wajib mendapatkan rawatan segera dan menjalani ujian saringan.

“Setakat ini, pendirian KKM, mereka yang kembali dari Sabah kalau mereka bergejala diwajibkan datang ke hospital untuk saringan.

“Tapi mereka tidak bergejala pula kita menggalakkan mereka menjalani ujian Covid-19,” katanya ketika sidang media di sini hari ini.

Mengulas cadangan agar PRN Sabah mungkin ditunda jika kes jangkitan Covid-19 terus meningkat, Noor Hisham berkata, pihaknya memantau rapat dan setakat ini situasinya masih terkawal.

“Apa yang penting adalah semua pihak mesti mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan, jadi kita akan dapat putuskan rantaian penularan wabak itu.

“Jika kita patuh kepada penjarakan fizikal sekurang-kurangnya satu meter dan memakai pelitup muka kita dapat mengawal penularan sebanyak 85 peratus,” katanya.

Beliau turut berharap kes jangkitan di negeri itu dapat dikawal dengan baik semasa dan selepas PRN. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

KKM teliti kuarantin wajib terhadap individu pulang dari PRN Sabah

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast