Sebahagian anggota polis mula beratur untuk membuang undi pada hari pengundian awal Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-16 Sabah di Balai Polis Daerah Tawau, Sabah. foto MOHD ADZLAN, 22 SEPTEMBER 2020.

KOTA KINABALU – Kawalan keselamatan di Sabah terus dipertingkatkan bagi menghadapi kemungkinan kemasukan rakyat asing untuk membuat kekacauan dan penculikan pada pilihan raya negeri (PRN) Sabtu ini.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hazani Ghazali berkata pasukan keselamatan akan memastikan ancaman-ancaman itu tidak berlaku.

“Cubaan untuk culik (untuk mendapatkan wang tebusan) memang ada. Maklumat ini kita terima daripada pasukan keselamatan Filipina…memang ada cubaan (penjenayah) di sana untuk menyeberang untuk melakukan jenayah tersebut,” katanya.

Malah terdapat sembilan cubaan masuk kumpulan penjenayah dari Filipina yang dipercayai cuba melakukan kegiatan menculik untuk wang tebusan di Sabah sejak Mei lepas sehingga kini, katanya kepada pemberita selepas meninjau pengundian awal di Mes Pegawai Kanan Ibu Pejabat Polis Sabah, di sini, hari ini.

Sebelum ini, Hazani mendedahkan pihaknya mendapat maklumat mengenai kemasukan besar-besaran rakyat negara asing untuk membuat kekacauan pada hari pengundian Sabtu ini.

— BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast