Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng

KUALA LUMPUR – DAP dan 42 ahli Parlimennya menyatakan sokongan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim  sebagai perdana menteri sekiranya Presiden PKR itu mempunyai bilangan yang mencukupi untuk membentuk kerajaan Persekutuan.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, pendirian itu selaras dengan keputusan Majlis Presiden Pakatan Harapan.

“Kami mengambil maklum pengumuman Datuk Seri Anwar Ibrahim tadi bahawa beliau telah sokongan ahli Parlimen yang mencukupi untuk membentuk kerajaan Persekutuan,” katanya dalam kenyataan di sini.

Kenyataan dua perenggan itu menyusul sejurus selepas Anwar selesai mengadakan sidang media mendakwa beliau telah mendapat sokongan majoriti dan menunggu untuk mengadap Yang di-Pertuan Agong untuk mempersembahkan senarai nama ahli Parlimen yang menyatakan sokongan itu.

Artikel berkaitan: Anwar bakal tubuh kerajaan, tunggu perkenan Agong

Anwar juga mendakwa beliau mempunyai bukti sokongan berupa dokumen dan hanya akan mengumumkan mengenainya selepas mengadakan pertemuan dengan Seri Paduka Baginda.

Beliau mendakwa sepatutnya mengadap baginda semalam, namun rancangan itu terpaksa ditunda kerana Yang di-Pertuan Agong kini menerima rawatan di Institut Jantung Negara. – MalaysiaGazette

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

Comments are closed.