Penduduk Kg Kauluan di Kundasang Sabah antara yang kurang bernasib baik apabila sejak 70-an sehingga kini jalan masuk ke kampung mereka masih tidak diturap.
Permukaan jalan yang tidak rata, batu-batu timbul, di mana-mana di samping sistem perparitan tidak baik menyebabkan jalan akan menjadi seperti sungai ketika hujan turun. Iitu yang terpaksa dialami penduduk kampung berkenaan.
Menerusi tinjauan MalaysiaGazette sepanjang lebih kurang 5 kilometer jalan tidak berturap dan keadaannya sangat tidak baik.