Ketua Badan Pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Sabah, Datuk Hajiji Noor berharap semua pengundi bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sulaman menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi sebelum masa berakhir pada 5 petang nanti.
Beliau yang merupakan calon Perikatan Nasional (PN) DUN berkenaan berkata, berdasarkan pemerhatian, beliau yakin proses pengundian berjalan lancar sehingga petang nanti.