Setiausaha Agung Perikatan Nasional, Datuk Seri Hamzah Zainudin (kiri) membisikkan sesuatu kepada Pengerusi Perikatan Nasional Sabah, Datuk Hajiji Noor pada sidang media mengenai pelantikan Ketua Menteri Sabah di Kota Kinabalu, Sabah. foto HAZROL ZAINAL, 27 SEPTEMBER 2020.

KOTA KINABALU – Calon Ketua Menteri Sabah hanya akan diumumkan pada pagi ini sebelum acara mengangkat sumpah berlangsung.

Kata Ketua Perikatan Nasional (PN) Sabah, Datuk Hajiji Noor memberi jaminan calon yang dikemukakan itu diterima semua parti dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

“Kita umumkan esok sebelum naik ke Istana untuk mengangkat sumpah. Insyallah cukup bilang untuk kita akan mengangkat sumpah tetapi kerana sekarang sudah lewat malam jadi kita akan lakukan pada esok hari,” katanya pada sidang media lewat pagi ini.

GRSabah berjaya memenangi PRN Sabah dengan memenangi 38 kerusidaripada 73 kerusi  Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipertandingkan.

Perikatan Nasional (PN) mendapat 17 kerusi diikuti Barisan Nasional yang menawan 14 kerusi manakala Parti Bersatu Sabah memperolehi 7 kerusi.

Warisan plus meraih 32 kerusi dan rakannya PKR memperoleh dua kerusi manakala bebas mendapat tiga kerusi dan UPKO menang satu kerusi.

Ditanya tentang ketiadaan pemimpin UMNO pada sidang media itu, Hajiji yang menang di kerusi Sulaman berkata, masih ramai wakil rakyat parti tersebut belum tiba di Kota Kinabalu.

“Kerana kita masih menunggu banyak wakil rakyat dari jauh, pedalaman belum sampai sehingga hari ini, kita tunggu dan buat pengumuman bersama,” jelasnya.

Turut hadir pada sidang media itu, calon bebas DUN Kemabong, Rubin Balang yang mengumumkan menyokong PN. -MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Allah hu akhbar×3…alhamdulillah kemenangan u tk kebenaran dan kekalahan utk penipuan dan pengkhiant rakyat sabah..karam juga bersama kapal layarnya…siapa pun jadi KM…kita sokong tahnia kpd GRS..harap dpt tunaikan tanggungjawab kpd rakyat sabah setelah di beri mandat utk menubuhkan kerajaan negeri sabah yg baru.

Comments are closed.