Beberapa ahli-ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah dilihat tiba yang dipercayai untuk membincangkan mengenai lantikan Ketua Menteri Sabah di The Magellan Sutera Resort, Kota Kinabalu, Sabah. foto HAZROL ZAINAL, 27 SEPTEMBER 2020.

KOTA KINABALU – Perikatan Nasional (PN) dijangka membuat pertemuan susulan kemenangan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) di sebuah hotel di sini hari ini.

Dipercayai pertemuan itu melibatkan dalam kalangan ahli-ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang baharu memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah semalam.

Kelihatan awal hadir di Hotel Magellan Sutera Harbour adalah Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), Datuk Jefrey Kitingan, ADUN Membakut,  Datuk Mohd.Arifin Mohd. Arif serta beberapa orang pimpinan parti terlibat.

Difahamkan BN turut mengadakan pertemuan hari ini namun setakat ini tiada kelibat pemimpin yang kelihatan di bangunan Wisma UMNO di sini.

Bagaimanapun, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kemudiannya dilihat hadir Hotel Magellan Sutera Harbour sebelum disusuli Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin.

Sehingga kini, calon Ketua Menteri (KM)i Gabungan Rakyat Sabah (GRS) masih belum diumumkan kerana sudah tentunya ia perlu dibincangkan terlebih dahulu di antara parti-parti dalam PN dan Barisan Nasional (BN).

Untuk rekod Pengerusi PN Sabah, Datuk Hajiji Noor semalam memaklumkan calon KM akan diumum sebelum acara mengangkat sumpah.

Beliau berkata demikian selepas GRS memenangi 38 kerusi DUN Sabah, manakala Warisan Plus, 32 kerusi semalam.

Selain meraih 38 kerusi, ADUN bebas Kemabong, Rubin Balang turut disahkan akan menyokong PN.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast