Kamaruzaman Mohamad

KUALA LUMPUR – Pas berharap perpaduan yang telah terjalin dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah dapat dikekalkan demi kemenangan dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Ketua Penerangannya, Kamaruzaman Mohamad berkata, kemenangan GRS menjadi bukti penerimaan rakyat Sabah terhadap gabungan yang bersama Kerajaan Persekutuan sekali gus menolak Warisan yang telah gagal mentadbir negeri itu.

“Maka, menjadi sebuah tanggungjawab buat Kerajaan Negeri Sabah yang baharu untuk melaksanakan Aku Janji GRS seterusnya menaiktaraf hidup rakyat Sabah ke tahap yang lebih baik,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam masa yang sama, Kamaruzaman juga mengucapkan tahniah kepada semua calon GRS yang menang dan kepada jentera Pas Sabah yang komited membantu kemenangan.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast