Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Shahidan Kassim.

TAWAU – Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Shahidan Kassim menasihat agar bekas Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal agar menerima kekalahan Parti Warisan Sabah (Warisan) dengan hati yang terbuka.

Jelas beliau, apa yang penting sekarang adalah kerajaan baharu Perikatan Nasional (PN) akan tetap membela nasib rakyat Sabah.

“Terimalah kekalahan yang telah berlaku dan Ketua Menteri baharu akan ambil alih. Yang paling penting Sabah sekarang berada di tahap yang tercorot dari segi pembangunan dan kemiskinan sewajarnya diperbetulkan,” katanya kepada MalaysiaGazette hari ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) semalam mengumumkan Gabungan Rakyat Sabah memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah Ke-16 apabila memperoleh 38 kerusi daripada 73 kerusi yang dipertandingkan.

Perikatan Nasional (PN) mendapat 17 kerusi, Barisan Nasional (14) dan Parti Bersatu Sabah (7).

Manakala Warisan Plus Sabah pula mendapat 32 kerusi.

Warisan memperoleh 27 kerusi, PKR (2), bebas (3) dan UPKO (1). – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast