Chow Kon Yeow Penang third bridge undersea tunnel
Chow Kon Yeow

GEORGE TOWN – Kerajaan Pulau Pinang akan meneliti keperluan mengadakan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dijadualkan pada 12 Okt ini menerusi maya sekiranya beberapa wakil rakyat yang kini sedang dikuarantin didapati positif COVID-19.

Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata bagaimanapun setakat ini semua ahli DUN berkenaan yang pulang dari berkempen di Sabah sejak 26 Sept lepas menunjukkan keputusan negatif.

Persidangan DUN berkenaan  juga akan berlangsung selepas tempoh kuarantin 14 hari kesemua wakil rakyat terbabit, katanya pada sidang media, di sini hari ini.

Beliau bagaimanapun menegaskan sebarang keputusan mengenai persidangan DUN tersebut akan dibuat selepas mendapat nasihat daripada Jabatan Kesihatan negeri.

— BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast