Pengerusi Perikatan Nasional Sabah, Datuk Hajiji Noor (kanan) mendengar penerangan daripada Setiausaha Agung Perikatan Nasional, Datuk Seri Hamzah Zainudin bercakap pada sidang media selepas keputusan rasmi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) memenangi Pilihan Raya Negeri Ke-16 Sabah di The Magellan Sutera Resort, Kota Kinabalu, Sabah. foto HAZROL ZAINAL, 27 SEPTEMBER 2020.

DALAM Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang lalu, UMNO bertanding di 32 kerusi serta menang di 14 kerusi (43.75 peratus) dan kalah di 18 kerusi (56.25 peratus).

Secara keseluruhannya pula, BN bertanding di 41 kerusi serta menang di 14 kerusi (34.15 peratus) dan kalah di 27 kerusi (65.85 peratus).

Prestasi UMNO

Daripada 18 kerusi kalah UMNO, 12 kerusi (66.67 peratus) membabitkan kekalahan di tangan calon Parti Warisan Sabah (Warisan) iaitu:

  1. Membabitkan kekalahan dengan majoriti 703 undi calonnya, Akram Ismail di tangan Mohammad Mohamarin di N1 Banggi.
  2. Membabitkan kekalahan dengan majoriti 562 undi calonnya, Datuk Jumat Idris di tangan Azhar Datuk Matussin di N17 Darau.
  3. Membabitkan kekalahan dengan majoriti 3,147 undi calonnya, Mohd Reduan Aklee di tangan Datuk Junz Wong di N22 Tanjung Aru.
  4. Membabitkan kekalahan dengan majoriti 1,852 undi calonnya, Ag. Lahap Ag. Bakar @ Ag. Syairin di tangan Dr. Daud Yusof di N30 Bongawan.
  5. Membabitkan kekalahan dengan majoriti 424 undi calonnya, Sani Miasin di tangan Datuk Dr. Yusof Yacob di N35 Sindumin.
  6. Membabitkan kekalahan dengan majoriti 1,719 undi calonnya, Jamawi Jaafar di tangan Datuk Peter Anthony di N42 Melalap.
  7. Membabitkan kekalahan dengan majoriti 269 undi calonnya, Suhaimi Nasir di tangan Arunarnsin Taib di N50 Gum-Gum.
  8. Membabitkan kekalahan dengan majoriti 1,599 undi calonnya, Hazulizah Mohd Dani di tangan Cikgu Alias Sani di N53 Sekong.

Daripada 18 kerusi kalah UMNO, tiga kerusi (16.67 peratus) adalah membabitkan kekalahan di tangan calon Bebas, iaitu:

  1. Membabitkan kekalahan dengan majoriti 559 undi calonnya, Sufian Abd Karim di tangan Datuk Seri Dr. Ruddy Awah di N3 Pitas.
  2. Membabitkan kekalahan dengan majoriti 1,248 undi calonnya, Datuk Raime Unggi di tangan Datuk Rubin Balang di N42 Melalap.
  3. Membabitkan kekalahan dengan majoriti 1,255 undi calonnya, Juhari Janan di tangan Datuk Masiung Banah di N57 Kuamut.

Daripada 18 kerusi kalah UMNO, dua kerusi (11.11 peratus) adalah membabitkan kekalahan di tangan calon PBS, iaitu:

  1. Membabitkan kekalahan dengan majoriti 364 undi calonnya, Datuk Kamarlin Ombi di tangan Ruslan Muharam di N34 Lumadan.
  2. Membabitkan kekalahan dengan majoriti 877 undi calonnya, Abdul Wahab Abdul Ghani di tangan Jonnybone J. Kurum di N47 Telupid.

Daripada 18 kerusi kalah UMNO, satu kerusi (5.56 peratus) adalah membabitkan kekalahan di tangan calon STAR, iaitu:

  1. Membabitkan kekalahan dengan majoriti 1,323 undi calonnya, Jemadi @ Junaidi Sahat di tangan Datuk Abidin Madingkir di N38 Paginatan.

Prestasi PBRS

Salah satu parti komponen BN iaitu PBRS bertanding di lima kerusi dan kalah di semua kerusi ini (100 peratus).

Daripada lima kerusi kalah PBRS, dua kerusi (40 peratus) adalah membabitkan kekalahan di tangan calon PBS, iaitu:

  1. Membabitkan kekalahan dengan majoriti 1,510 undi calonnya, Richard Kastum @ Mosinal di tangan Julita Mojungki di N5 Matunggong.
  2. Membabitkan kekalahan dengan majoriti 2,276 undi calonnya, Yillson Yanggun di tangan Hendrus Anding di N7 Tandek.

Daripada lima kerusi kalah PBRS, dua kerusi (40peratus) adalah membabitkan kekalahan di tangan calon STAR, iaitu:

  1. Membabitkan kekalahan dengan majoriti 544 undi calonnya, Matusin Bowie di tangan Flovia Ng di N44 Tulid.
  2. Membabitkan kekalahan dengan majoriti 2,019 undi calonnya, Bonepes Been di tangan Datuk Ellron Angin di N45 Sook.

Daripada lima kerusi kalah PBRS, satu kerusi (20 peratus) adalah membabitkan kekalahan di tangan calon UPKO, iaitu:

  1. Membabitkan kekalahan dengan majoriti 4,773 undi calonnya, Duanis Mogirong @ Djuanis di tangan Datuk Ewon Benedick di N11 Kadamaian.

Prestasi MCA

Satu lagi parti komponen BN iaitu MCA bertanding di empat kerusi dan kalah di semua kerusi ini (100 peratus).

Daripada empat kerusi kalah MCA, tiga kerusi (75 peratus) adalah membabitkan kekalahan di tangan calon DAP, iaitu:

  1. Membabitkan kekalahan dengan majoriti 7,517 undi calonnya, Dr. Chang Kee Ying di tangan Tan Lee Fatt di N19 Likas, di mana Dr. Chang Kee Ying telah kehilangan wang depositnya.
  2. Membabitkan kekalahan dengan majoriti 13,163 undi calonnya yang merupakan Pengerusi MCA Sabah, Lu Yen Tung di tangan Jannie Lasimbang di N25 Kapayan, di mana Lu Yen Tung telah kehilangan wang depositnya.
  3. Membabitkan kekalahan dengan majoriti 7,683 undi calonnya, Chan Boon Thian di tangan Calvin Chong di N55 Elopura.

Daripada empat kerusi kalah MCA, satu kerusi (25 peratus) adalah membabitkan kekalahan di tangan calon Parti warisan, iaitu:

  1. Membabitkan kekalahan dengan majoriti 2,479 undi calonnya yang merupakan Ahli Jawatankuasa MCA Pusat, Datuk Chew Kok Woh di tangan Hiew Vun Zin di N54 Karamunting.

Analisa

Daripada 27 kerusi kalah BN, 13 kerusi (48.15 peratus) adalah membabitkan kekalahan di tangan calon Parti Warisan iaitu kekalahan 12 calon UMNO dan satu calon MCA.

Daripada 27 kerusi kalah BN, empat kerusi (14.81 peratus) adalah membabitkan kekalahan di tangan calon PBS, iaitu kekalahan dua calon UMNO dan dua calon PBRS.

Daripada 27 kerusi kalah BN, tiga kerusi (11.11 peratus) adalah membabitkan kekalahan di tangan calon STAR, iaitu kekalahan dua calon PBRS dan satu calon UMNO.

Daripada 27 kerusi kalah BN, tiga kerusi (11.11 peratus) adalah membabitkan kekalahan di tangan calon DAP, iaitu kekalahan tiga calon MCA.

Daripada 27 kerusi kalah BN, tiga kerusi (11.11 peratus) adalah membabitkan kekalahan di tangan calon Bebas, iaitu kekalahan tiga calon UMNO.

Daripada 27 kerusi kalah BN, satu kerusi (3.70 peratus) adalah membabitkan kekalahan di tangan calon UPKO, iaitu kekalahan satu calon PBRS.

Rumusan

Kekalahan paling banyak BN adalah di tangan calon Parti Warisan, calon DAP yang bertanding atas tiket Warisan Plus dan calon UPKO yang bersekutu dengan Warisan, iaitu 17 kerusi (62.96 peratus), di mana unsur sabotaj, jika ada, adalah terlalu minimal berbanding kekuatan pihak lawan.

Kekalahan kedua paling banyak BN adalah membabitkan kekalahan di tangan calon parti yang bersekutu dengan PN, PBS dan STAR, iaitu tujuh kerusi (25.93 peratus). Disebabkan PBS dan STAR juga turut bertanding sesama sendiri untuk menyatakan bahawa PBS dan STAR terlibat dalam cubaan mensabotaj BN adalah sukar.

Kekalahan BN di tangan calon Bebas, iaitu tiga kerusi (11.11 peratus) adalah menarik untuk diperkatakan.

Datuk Masiung Banah adalah bekas pemimpin UPKO dan Warisan; Datuk Rubin Balang adalah bekas pemimpin UMNO dan Bersatu; Datuk Seri Dr. Ruddy Awah adalah bekas pemimpin UMNO, PKR dan BERSATU.

Apakah kekalahan BN di tangan tiga calon Bebas ini kerana disabotaj, silap strategi atau kedua-duanya sekali, perlulah dikaji dengan lebih teliti. Begitupun, kalau ada unsur sabotaj di sini sekalipun, ia tidak membawa kepada kesimpulan bahawa prestasi kurang baik BN dalam PRN Sabah adalah kerana BN disabotaj.

Apa yang kelihatan agak jelas ialah kedua-dua rakan UMNO dalam BN, iaitu PBRS dan MCA, langsung tidak boleh diharapkan, sekali gus memerlukan UMNO memikirkan kembali dengan parti mana ia harus berpakat selepas ini kerana seperti dalam PRN Sabah, UMNO secara bersendirian tidak mampu melangkah jauh. – MalaysiaGazette

Dr. Kamarul Zaman Yusuff

Penulis, Dr. Kamarul Zaman Yusuff adalah penganalisis politik, yang juga pensyarah di Universiti Utara Malaysia (UUM).

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Padamuka aku Annuar Musa dcabar oleh Nazri Aziz,cakap besar sangat.Merapu.Rakyat Sabah pun sdh meluat.berambus pergi PPBM,mcm ular air RaisJatim

Comments are closed.