Presiden Persatuan Penduduk Pejawat Awam Peumahan Penjawat Awam PPAM, Melinjau, Fakrullah Ismail di sidnag media kecacatan perumahan PPAM Melinjau di Presint 11, Putrajaya hari ini.

PUTRAJAYA – Merujuk kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi pilihan terakhir kepada lebih 600 penghuninya bagi mendapatkan jalan penyelesaian masalah Perumahan Penjawat Awam (PPAM) Melinjau Presint 11 di sini.

Rata-rata penduduk kesal kerana bangunan kediaman mereka hanya cantik dengan jata Malaysia di luar premis namun ia tidak mencerminkan kualiti sebenar perumahan yang majoriti didiami penjawat awam itu.

Pengerusi Penduduk PPAM Melinjau, Fakrullah Ismail berkata, pihaknya kini memberi tempoh dua minggu  kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Perbadanan Putrajaya (PPj) serta pemaju untuk menyelesaikan permasalahan yang berlarutan sejak lebih setahun lalu.

“Kami pada 30 September lalu telah mengemukakan usul kepada KPKT yang turut melibatkan PPj dan juga pemaju merangkumi tujuh tindakan segera yang perlu dilaksanakan untuk menjamin keselamatan penduduk.

“Pertama, kami meminta Jabatan Kerja Raya melaksanakan satu kajian dan penilaian menyeluruh struktur setiap blok PPAM Melinjau sebagai membuktikan kekuatan struktur bangunan dan keselamatannya dan jika selamat diduduki maka ia perlu disusuli satu kajian penilaian bangunan yang dibina tidak sempurna ini oleh Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta.

“Jika terdapat perbezaan harga nilai maka penduduk wajar diberi ganti rugi setara dengan nilai semasa itu selain melantik semula kontraktor baharu untuk membaiki segala kecacatan di bawah kontraktor lama dengan dipantau rapi oleh Jabatan Perumahan Negara supaya kecuaian lampau tidak berulang dan hasilnya perlu dilaporkan kepada persatuan penduduk PPAM Melinjau,” katanya dalam sidang media hari ini.

Tambah Fakrullah, semasa penubuhan Jawatankuasa Bersama Pengurusan PPAM Melinjau mereka mahu hutang lama pemaju tidak ditanggung dan menjadi beban JMB penduduk.

Ditanya langkah seterusnya sekiranya tiada sebarang tindakan penyelesaian dalam tempoh 14 hari yang ditetapkan, pihaknya sudah membuat ketetapan untuk membawa permasalahan berkenaan kepada perhatian Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin untuk campur tangan.

“Kita sudah hantar usul menggesa tindakan penyelesaian dan sangat berharap kesemua pihak yang terlibat secara langsung dalam perkara ini segera tampil untuk berbincang bersama menangani masalah ini kerana kami masih percaya ada ruang untuk bincang.

“Jika tiada sebarang perkembangan dalam masa 14 hari, kami tiada pilihan lain selain mengambil langkah terakhir iatu meminta campur tangan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin,” jelas beliau.

Untuk makluman, penduduk PPAM Melinjau telah menerima notis Taraf Menduduki (VP) pada 29 Julai lalu dengan kunci rumah diserahkan tanpa penduduk dibenarkan melihat terlebih dahulu unit perumahan yang bakal didudukinya.-MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Duduk Putrajaya tapi ‘derita’ rumah rosak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette 2
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast