Aston Villa melanyak juara bertahan EPL Liverpool dengan jaringan bersejarah 7-2 dalam aksi malam tadi

LONDON – Aston Villa menghukum keyakinan terlampau Liverpool dan peminat kelab itu dalam kempen musim ini apabila dimalukan dengan jaringan gol bersejarah kelab itu dalam Liga Perdana Inggeris (EPL).

Dalam aksi penting semalam, Villa menjinakkan juara bertahan EPL itu dengan berpesta gol 7-2.

Hatrik Ollie Watskins pada separuh masa pertama dan gol Gack Grealish cukup untuk memberi kejutan untuk skuad Jurgen Klopp yang pasti menjadi satu lebam dalam sejarah kelab Anfield itu selepas ini.

Watkins yang dibeli oleh Villa mengejut pasukan pelawat itu dengan gol pertama seawal minit ke-4 sebelum meneruskan pesta gol pada minit ke 22 dan minit ke-39.

Namun skuad Klopp mengambil masa untuk menyusun permainan daripada kejutan itu sebelum Mohamed Salah membuka jaringan pada minit ke-33.

Namun ia gagal menyekat skuad tuan rumah yang begitu ghairah untuk merobek gawang gol lawan dan menembah jaringan.

Tiada perikemanusiaan untuk Liverpool walaupun bergelar juara tunggal Liga Persana Inggeris selepas 30 tahun.

Akibatnya Villa menambah gol keempat pada minit ke 35 sebelum separuh masa pertama tamat dengan keputusan 4-1 memihak kepada Villa.

Di Separuh masa kedua, Salah sekali lagi membua jaringan kedua pasukannya sekali gus merapatkan kedudukan menjadi 4-2.

Bagaimanapun, ia tidak cukup untuk menyekat tuan rumah apabila perancang tengah yang menjadi buruan Man United iaitu Grealish menjaringkan gol berganda pada minit ke-66 da 75 untuk mengesahkan kemenangan bersejarah EPL melanyak pasukan juara EPL dengan skor tertinggi.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast