Ibu pejabat Jakim di Kompleks Islam Putrajaya ditutup selama 14 hari mulai esok, 7 Oktober hingga 20 Oktober.

KUALA LUMPUR – Ibu pejabat Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) di Kompleks Islam Putrajaya akan ditutup mulai esok hingga 20 Oktober ini.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan kepada media, penutupan selama 14 hari itu bagi melaksanakan kerja sanitasi ruang pejabat dan mengekang penularan Covid-19.

“Penutupan ini turut melibatkan pejabat Menteri dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama),” kata kenyataan itu.

Lanjutan itu, semua operasi harian Jakim hanya dihadkan melalui perkhidmatan dalam talian sahaja dan sebarang pertanyaan boleh hubungi 03-8870 7000 atau emelkan kepada [email protected].

Kata kenyataan itu lagi, Jakim akan beroperasi semula pada 21 Oktober 2020. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast