JPN Selangor Ministry of Education (MOE) teacher rape jokes SMK Puncak Alam Ain
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memutuskan semua sekolah di negeri Sabah ditutup bermula 10 Oktober sehingga 25 Oktober 2020.

”Mesyuarat Khas Majlis Keselamatan Negara Mengenai Pengurusan Covid-19 yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri pagi ini telah memberi tumpuan khusus kepada situasi di Sabah.

”Memandangkan kes-kes di negeri ini masih menunjukkan peningkatan, mesyuarat bersetuju supaya KPM meneliti keperluan untuk menutup sekolah-sekolah di seluruh negeri Sabah,” kata KPM dalam satu kenyataan.

Walau bagaimanapun, murid-murid sekolah berasrama penuh yang berada di zon merah hendaklah kekal berada di asrama.

Manakala murid di asrama sekolah yang terletak di zon hijau tetapi rumah keluarga mereka di zon merah, juga perlu kekal tinggal di asrama.

Menurutnya, pihak sekolah akan menguruskan keselamatan dan kebajikan murid-murid berkenaan di asrama.

Dalam tempoh penutupan sekolah ini, pentadbir sekolah diarah memastikan guru-guru serta murid melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di rumah.

Manual pengajaran dan pembelajaran di rumah boleh dimuat turun di portal rasmi KPM www.moe.gov.my. – MalaysiaGazette