KUALA LUMPUR – Keputusan saringan pertama ujian saringan bagi kakitangan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang terlibat dalam program bersama Senator Datuk Dr Zulkifli Al-Bakri adalah negatif.
Namun semua kakitangan terlibat terus melaksanakan kuarantin kendiri hingga 20 Oktober ini di kediaman masing-masing.
USIM berkata, ujian saringan kedua akan dilaksanakan semula pada semua kakitangan terlibat pada satu tarikh yang akan dimaklumkan oleh Pejabat Kesihatan Negeri Sembilan.
“Pengurusan universiti melahirkan rasa syukur dengan keputusan saringan pertama dan berharap dapat memberi kelegaan, keredaan dan mengurangkan kebimbangan semua pihak,” katanya. – MalaysiaGazette