Anggota bomba menstabilkan mangsa sebelum dibawa turun dari Bukit Besi.

KUALA LUMPUR – Seorang gadis sesak nafas ketika mendaki Bukit Besi yang terletak di sini pagi ini.

Kejadian itu berlaku ketika mangsa berada pada ketinggian 955 kaki bukit tersebut.

Susulan kejadian itu, pasukan dari Balai Bomba Cheras telah bergegas ke tempat kejadian.

Anggota bomba membawa gadis yang sesak nafas ketika mendaki Bukit Besi turun ke bawah.

Menurut komander operasi kanan bomba, Mohd Fahmi Abd. Rahim, anggota unit kecemasan bertindak memberi rawatan awal untuk menstabilkan mangsa sebelum menggunakan stretcher membawanya turun.

”Anggota bomba menurunkan mangsa sejauh 800 kaki untuk sampai ke kaki bukit disebabkan oleh struktur jalan berbukit dan curam,” katanya.

Mangsa berjaya dibawa turun pada jam 12.52 tengah hari dan kini menerima rawatan di Hospital Canselor Tuanku Muhriz Universiti Kebangsaan Malaysia (HCTM). – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast